Posts

Showing posts from December, 2016

Backpackers Day 2 at Seoul, Korea

Image
10 November 2016 Tempat yang kami lawati hari ni ialah Nami Island dan Petite France. Tempat ni berdekatan, jadinya nak lawat sekali harung. Memandangkan tempat ni agak jauh dari Seoul yang memakan masa hampir 2 jam perjalanan, kami bergerak di awal pagi dari tempat penginapan. Arah ke Nami Island Dari Euljiro-(3) sam ga --> turun kat Wangsimni station (tukar line 2 ke line Gyeogui-Jungang line) --> turun kat Sangbong station (tukar ke line Gyeongchun) --> turun kat gapyeong station. Anggaran masa : 1jam 48min (sumber: kakao metro apps) Laluan yang kami gunakan berbeza dari di atas. Ini kerana kami masih belum mahir dengan subway di korea ni, kami terpaksa menghabiskan banyak masa di bawah tanah. Haha. Kami meninggalkan tempat penginapan seawal 6.30 pagi dengan harapan dapat sampai awal di Nami Island. Perjalanan kami sedikit lewat sebab kena tunggu lama kat stesen itx. Keluar je dari stesen Gapyeong, nampak bus stop untuk ke nami Island. Tunggu dalam 5 k