Backpackers Day 2 at Seoul, Korea

10 November 2016
Tempat yang kami lawati hari ni ialah Nami Island dan Petite France. Tempat ni berdekatan, jadinya nak lawat sekali harung. Memandangkan tempat ni agak jauh dari Seoul yang memakan masa hampir 2 jam perjalanan, kami bergerak di awal pagi dari tempat penginapan.

Arah ke Nami Island
Dari Euljiro-(3) sam ga --> turun kat Wangsimni station (tukar line 2 ke line Gyeogui-Jungang line) --> turun kat Sangbong station (tukar ke line Gyeongchun) --> turun kat gapyeong station.

Anggaran masa : 1jam 48min (sumber: kakao metro apps)

Laluan yang kami gunakan berbeza dari di atas. Ini kerana kami masih belum mahir dengan subway di korea ni, kami terpaksa menghabiskan banyak masa di bawah tanah. Haha.

Kami meninggalkan tempat penginapan seawal 6.30 pagi dengan harapan dapat sampai awal di Nami Island. Perjalanan kami sedikit lewat sebab kena tunggu lama kat stesen itx.

Keluar je dari stesen Gapyeong, nampak bus stop untuk ke nami Island. Tunggu dalam 5 ke 10 minit Gapyeong tour bus dah sampai.Untuk tour bas ni, kami bayar cash money 6,000 won sorang kat ahjusshi. Tiket bas ni untuk round trip. Kalau nak balik nanti ke Gapyeong stesen atau Cheongpyeong stesen, guna je tiket bas ni semula. So make sure tiket tak hilang.


Kat sini ada banyak tempat menarik untuk di lawati. Tapi kami sempat pergi dua tempat je, Nami Island dan Petite France. Teringin nak pegi Morning Calm Garden (tempat penggambaran drama KBS Moonlight Drawn by Clouds). Awalnya letak jugak dalam wishlist, sebab tengok dalam gambar cantik sangat tempat tu. Tapi kami terpaksa skip sebab kekangan masa.

Tempat yang pertama di lawati ialah Nami Island. Nak masuk ke pulau ni ada dua cara, samada naik zip wire ataupun feri. Dengan cuaca sejuk tu, ada jugak yang naik zip wire. Grrrr..tak tahan den. Bayaran untuk zip wire 38,000 won seorang, untuk feri pulak 8,000 won seorang.




Perasaan masuk ke pulau ni tak tau nak cakap macam mana. Haha. Speechless. Hanya mampu tersenyum dan tersengih tengok pemandangan musim luruh dan tempat penggambaran drama terkenal Winter Sonata di pulau ni.










Solat
Mudah je nak cari musollah. Pintu masuk ke musollah ni berdekatan dengan Asian Cafe. Musollah ada kat tingkat 2. Sebelum sampai, akan lalu ruang ala-ala library. Banyak buku kat sana. Musollah kat sini memang tip top. Kemas, teratur, bersih dan wangi. Terbaik!

Asian cafe kat hujung sekali sebelah kanan

Banyakkan buku ;)




Makan
Dah siap solat, sebab kejar masa dan tak tahu nak cari mana dah drama cafe tu, tanya lah kat orang kita. Alhamdulillah kebetulan diaorang pon baru lepas makan kat situ. Syukur.

Keluar dari pintu masuk ke musollah tadi, ambik kiri dan jalan terus lalu Asian cafe. Nanti akan nampak ala-ala tasik, penghujung jalan tu nampak dah 'Winter Sonata Drama Cafe'. Alhamdulillah. Dapat pon makan. Hehe.


Tengok sekeliling cafe, memang banyak gambar dari drama terkenal Winter Sonata. Teringat kekasih lama, Bae Young Joon. Acehhh

Kat Nami Island, untuk lunch kami try makanan korea Dosirak atau Nasi Goncang. Kami tak tunggu lama. Terus order dosirak ataupon 'nasi goncang' yang digembar-gemburkan tu. Haha. Memang gigih lah nak menggoncangnya. Harga satu Dosirak 4,900 won. Selain tu, kami pon order sup panas 1 mangkuk. Cuaca sejuk macam ni, memang sedap la makan makanan yang panas. *tips masa travel, kami bawak nescafe/milo 3 in 1. Kat kedai ni sediakan water dispenser. Boleh ambik air panas :D

Dah penat round Nami Island, kami pon siap-siap untuk bergerak ke next destination. Kat area ni, tak risau sangat direction. Sebab tempat ni kawasan pelancongan, ramai orang kita dan boleh tanya. Peta, booklet tourism yg dah diterjemahkan, blog blogger, semua membantu. Gamsamnida ♡

Arah ke Petite France
Turun dari feri, pergi ke tempat yang bas tour turunkan awal tadi. Tak tunggu lama, dalam 5 minit bas dah sampai. Nak ke Petite France ada satu stesen je dari Nami Island. Tiket masuk seorang 6,000won.





Dah habis round Petite France, kami pon tunggu bas tour ke cheongpyeong station untuk balik semula ke myeongdong sebab masa pon dah lewat.


Jimjilbang
Pernah tengok program tv KBS Happy Together? Yup, sauna tu la. Gigih jugak nak carinya. Bukan tempat Jae suk shooting, tapi ni rumah sauna real punya.
Balik dari petite france, kami singgah kat guesthouse then terus pecut ke Siloam Jimjilbang.

Kat sini ada 5 tingkat dan semua tingkat dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan. Dan ada pelbagai jenis bilik sauna yang disediakan.

Untuk jimjilbang ni, I personally not recommended. Banyak benda kena considered. Mungkin lepas ni boleh buat sauna yang muslim-friendly. Hehe. Kami pergi pun atas sebab curiosity, nak tahu juga macam mana keadaan kat situ. Sekejap je excited, lepas tu pening tak dapat tidur semalaman. Haha. Nak patah balik ke guesthouse, tren pon dah tutup.

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea