Posts

Showing posts from 2019

Jeju Journey - Day 3

Image
Hari yang indah, hari ke-3 di Jeju. Seusai bersarapan, kami pun bergerak meninggalkan tempat penginapan untuk  ke destinasi seterusnya. Jadual pada hari ini adalah menjejaki tempat tarikan di kawasan sekitar ini. 1. Cheonjeyeon Waterfall - Cheonjeyeon Waterfall tidak jauh daripada rumah tumpangan kami, lebih kurang 5 ke 10 minit pemanduan.  Saeyongyo Bridge kelihatan dari kejauhan. Percuma tempat parkir manakala yuran kemasukan sebanyak 2,000won. Tempat yang sesuai untuk beriadah kerana kawasannya yang rata dan lapang. 2. Jeongbang Waterfall - Yuran kemasukan adalah 2,000won dan percuma tempat parkir. Air terjun sangat unik kerana ia adalah satu-satunya di Asia, air terjun yang bersambung terus ke lautan. Sangat mengujakan. Dari kawasan parkir, kami menuruni anak tangga untuk sampai ke bawah. Kawasan laluan yang luas dengan pohon yang melindungi daripada panas matahari. Budaya Korea agak kuat pengaruhnya sehingga kami pel