Posts

Showing posts from April, 2019

JEJU-DO SUMMER TRIP

Image
Day 1: 24th July 2018 Annyeonhasaeyo ♡♡ Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Jeju ialah pada pukul 6.50 pagi waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama enam jam. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada pukul 1.50 petang waktu tempatan. Selesai urusan imigresen dan lain-lain, kami pun bergegas ke terminal bas AJ Car rental untuk mengambil kereta sewa. Kami dibawa ke AJ Autohouse dengan bas yang telah disediakan. Setibanya di Autohouse, kami terus ke kaunter dan mempamerkan bukti tempahan. Setelah urusan tempahan diproses, kami pun membayar amaun dalam tunai korean won. Staff menerangkan maklumat kenderaan yang disewa, tarikh dan tempat untuk memulangkan kenderaan, dan lain-lain. Selesai menandatangani perjanjian kereta sewa, kami pun keluar ke tempat meletak kenderaan untuk mengambil kenderaan kami. Kami meneliti keadaan kenderaan dan mengambil gambar kenderaan sebelum membawa ia keluar dari autohouse. Proses ini perlu seb