JEJU-DO SUMMER TRIP

Day 1: 24th July 2018

Annyeonhasaeyo ♡♡


Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Jeju ialah pada pukul 6.50 pagi waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama enam jam. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada pukul 1.50 petang waktu tempatan.



Selesai urusan imigresen dan lain-lain, kami pun bergegas ke terminal bas AJ Car rental untuk mengambil kereta sewa.


Kami dibawa ke AJ Autohouse dengan bas yang telah disediakan. Setibanya di Autohouse, kami terus ke kaunter dan mempamerkan bukti tempahan. Setelah urusan tempahan diproses, kami pun membayar amaun dalam tunai korean won. Staff menerangkan maklumat kenderaan yang disewa, tarikh dan tempat untuk memulangkan kenderaan, dan lain-lain. Selesai menandatangani perjanjian kereta sewa, kami pun keluar ke tempat meletak kenderaan untuk mengambil kenderaan kami.


Kami meneliti keadaan kenderaan dan mengambil gambar kenderaan sebelum membawa ia keluar dari autohouse. Proses ini perlu sebagai bahan sokongan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini. 

Kemudian staff akan memeriksa sekali lagi keadaan kenderaan dan menanda sebarang kerosakan awal pada kertas perjanjian. 
Selepas habis proses pemeriksaan semua, kami pun bergerak ke destinasi pertama ♡



Pengalaman memandu kenderaan di korea sememangnya berbeza dengan Malaysia. Pada mulanya memang amat kekok dan sukar untuk diikuti. Salah laluan, bingung kerana lampu isyarat, dihon berkali-kali oleh pemandu lain, mengawal kelajuan kenderaan adalah benda biasa bagi kita yang pertama kali memandu di Jeju. Namun, jangan risau, selepas beberapa kali pemanduan pasti akan mudah untuk membiasakan diri.

1. Muslim Friendly Restaurant
Restoran makanan laut ni terletak berhadapan dengan Armada Plaza/ Armada Hotel. Maaf, terlupa nama restoran ni. Restoran ni di rekemen oleh KTO.


Hidangan yang kami pilih ialah bubur abalone dan sup miso. Restoran korea memang wajib dengan hidangan tambahan percuma iaitu kimchi, agar-agar rumpai laut, rumpai laut bersambal, ikan bilis, lobak putih dan bawang putih mentah pun ada. Makanan kami hari ni berharga 22,000 won.


Selesai makan, perjalanan diteruskan ke daerah Seongsan. Dalam perjalanan ke Seongsan, kami sepatutnya singgah di Weoljeongri Beach. Namun oleh kerana kurang maklumat, kami tidak dapat mencari tempat ni. Kami juga sempat singgah di tepi pantai untuk mengambil gambar. Kami seterusnya bergerak ke Hanyeo Museum di mana terdapat sejarah dan info berkenaan penyelam wanita. Masuk adalah percuma. Waktu ini jam pun sudah menunjukkan pukul 5.30 petang dan muzium ini pula suda tutup. Oleh itu, kami cuma mengambil gambar di kawasan muzium sahaja. Kawasan sekitar muzium ini juga menarik di mana terdapat cafe-cafe dan pantai berdekatannya.


Kami kemudiannya bergerak ke guesthouse kami di kawasan Seongsan ini, iaitu Pulmir Pension. Sedikit susah untuk mencarinya kerana ketiadaan no telefon guesthouse ini yang menyukarkan pencarian kami. 
Alhamdullilah kami dapat jugak mencarinya kerana ia cuma di tepi jalan.


Guesthouse ni kami book melalui booking.com iaitu RM126.66 untuk semalam. Bayaran adalah tunai dan dibayar semasa tiba. Bilik kami ada katil queen size dan ada toilet sendiri. Biliknya sangat bersih, kemas dan luas. Dan paling seronok bilik kami menghadap laut. Tapi di guesthouse tidak disediakan pantri. Namun, tuan rumah menyediakan pemanas air dan minuman 3in1 di dalam bilik.

Menjelang malam, kami pun berjalan-jalan di sekitar guesthouse. Kami singgah membeli banana milk di 7e dan menikmati angin malam Seongsan. Kawasan ni sangat sunyi dan mendamaikan pada waktu malam. Jauh dari kesibukan kota.

Itu sahaja untuk hari pertama di Jeju-do♡


Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea