Posts

Showing posts from April, 2020

Jelajah ke Bangkok, Thailand | Feb 2020

Image
Alhamdulillah, diberi peluang dan ruang untuk meneroka bumi ALLAH.  Borneo Ke Semenanjung Malaysia ISNIN | 10 Februari 2020 Jam menunjukkan pukul 7.40 malam, menaiki pesawat Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Pesawat dijangka tiba di Kuala Lumpur   pada pukul 10.20 malam. Keadaan cuaca seperti biasa, namun ada sesuatu yang menarik di langit malam. Bulan penuh tampak begitu jelas dan terang. Melihatnya dari aras tinggi beribu kaki dari paras laut memberi perasaan gerun namun kagum ber silih ganti. All praise to ALLAH. Suasana di lapangan terbang pada saat ini sangat berbeza dengan sebelumnya. Ia kelihatan lengang dan tenang dari pengunjung. Ini adalah kerana munculnya wabak penyakit Corona Virus atau Covid 19 yang asalnya bermula dari tanah Wuhan di China  yang memberi kesan kepada seluruh dunia pada saat ini . Saya dan sahabat baik yang juga merangkap travel buddy, Edy bermala