Posts

Showing posts from June, 2020

2Days 1Night | Jelajah ke Singapura

Image
Meneruskan permusafiran ke kota singa, Singapura. Jumaat | 14 Februari 2020 Kuala Lumpur ke Larkin, Johor Saya tiba di stesen KL Sentral sekitar pukul 9.30 pagi dan kemudiannya menaiki MRT ke Terminal Bersepadu Selatan . Di sini saya menyambung perjalanan dengan menaiki bas ekspress untuk ke Larkin, Johor. Perjalanan lebih kurang 4jam 30minit.Tambang bas sebanyak RM34 dan boleh dibeli secara dalam talian di laman web.   Terdapat banyak hotel bajet di sekitar Plaza Larkin ini. Kedai pakaian, servis tukaran wang, kedai runcit dan lain-lain terdapat di dalam bangunan ini.  Ruangan solat disediakan di tingkat 3. Manakala gerai makanan pula berada di tingkat 2. Antara gerai makanan yang terkenal di sini ialah Mee Rebus Haji Wahid dengan harga berpatutan yang bermula dari RM5.00 sepinggan. Makanan di sini sememangnya sedap. Gerai ini bernombor MS35 dan MS36. Selain itu, saya juga sempat merasai daging sate kuah kicap yang juga terkenal di sini. G