Posts

Hiking Lovers? Newbie? Bah jom baca ni.

Image
Bukit Janggut - 629m Assalamualaikum. Greetings. Post ini untuk mereka si kaki panjat bukit a.k.a para "hikers" yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti lasak ini. Hi guys!  Semenjak dua menjak ni, aktiviti yang kami sering lakukan di hujung minggu ialah joging dan hiking. Hari ni saya ingin berkongsi tentang tempat hiking yang telah kami lawati di kawasan Kota Kinabalu ini, khas untuk newbie seperti saya. Haha. 1.Hiking di Bukit Janggut, Sepanggar Bukit ni baru sekali saya sempat daki sebelum banyak daerah di Sabah diarah untuk laksanakan PKPB, dan juga sebelum ini saya tinggal agak jauh di penampang.  Bukit ini terletak di kawasan Sepanggar, lebih kurang 21km dari pusat bandar Kota Kinabalu, iaitu hampir setengah jam perjalanan dengan menaiki kenderaan. Lokasi bukit ini boleh dicapai melalui applikasi “maps”. Untuk lagi mudah cuma perlu cari 'Institusi Latihan Perindustian Kota Kinabalu', kerana bukit ini terletak di seberang jalan ILP ini. Tinggi bukit ini

2Days 1Night | Jelajah ke Singapura

Image
Meneruskan permusafiran ke kota singa, Singapura. Jumaat | 14 Februari 2020 Kuala Lumpur ke Larkin, Johor Saya tiba di stesen KL Sentral sekitar pukul 9.30 pagi dan kemudiannya menaiki MRT ke Terminal Bersepadu Selatan . Di sini saya menyambung perjalanan dengan menaiki bas ekspress untuk ke Larkin, Johor. Perjalanan lebih kurang 4jam 30minit.Tambang bas sebanyak RM34 dan boleh dibeli secara dalam talian di laman web.   Terdapat banyak hotel bajet di sekitar Plaza Larkin ini. Kedai pakaian, servis tukaran wang, kedai runcit dan lain-lain terdapat di dalam bangunan ini.  Ruangan solat disediakan di tingkat 3. Manakala gerai makanan pula berada di tingkat 2. Antara gerai makanan yang terkenal di sini ialah Mee Rebus Haji Wahid dengan harga berpatutan yang bermula dari RM5.00 sepinggan. Makanan di sini sememangnya sedap. Gerai ini bernombor MS35 dan MS36. Selain itu, saya juga sempat merasai daging sate kuah kicap yang juga terkenal di sini. G