Hiking Lovers? Newbie? Bah jom baca ni.

Bukit Janggut - 629m

Assalamualaikum. Greetings.

Post ini untuk mereka si kaki panjat bukit a.k.a para "hikers" yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti lasak ini.

Hi guys! 

Semenjak dua menjak ni, aktiviti yang kami sering lakukan di hujung minggu ialah joging dan hiking. Hari ni saya ingin berkongsi tentang tempat hiking yang telah kami lawati di kawasan Kota Kinabalu ini, khas untuk newbie seperti saya. Haha.

1.Hiking di Bukit Janggut, Sepanggar

Bukit ni baru sekali saya sempat daki sebelum banyak daerah di Sabah diarah untuk laksanakan PKPB, dan juga sebelum ini saya tinggal agak jauh di penampang. 

Bukit ini terletak di kawasan Sepanggar, lebih kurang 21km dari pusat bandar Kota Kinabalu, iaitu hampir setengah jam perjalanan dengan menaiki kenderaan. Lokasi bukit ini boleh dicapai melalui applikasi “maps”. Untuk lagi mudah cuma perlu cari 'Institusi Latihan Perindustian Kota Kinabalu', kerana bukit ini terletak di seberang jalan ILP ini.

Tinggi bukit ini ialah 690m dari aras laut dan sepanjang jalan dipenuhi dengan pokok-pokok tinggi. Di awal trek, laluan agak landai sehinggalah di pertengahan perjalanan di mana laluan trek terasa sedikit cerun. Diingatkan kepada “newbie” seperti saya, yang mana staminanya masih tidak begitu kuat untuk sentiasa jaga tempo dakian dan tidak tergesa-gesa semasa pendakian. Safety first everyone.

Tidak dinafikan bukit janggut sangat cantik dan terdapat banyak spot menarik untuk bergambar. Patutlah tempat ini dipenuhi ramai orang kerana pemandangannya yang memang sangat awesome ! 

Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.

2. Bukit Padang, Penampang

Di sini anda boleh memilih samada ingin berjoging di trek larian sejauh 2km mengelilingi tasik atau mendaki bukit. Dan pada malam hari anda juga boleh menikmati makanan laut Sabah di restoran yang terdapat di dalam kawasan rekreasi ini.

Bukit Padang ini mempunyai 6 trek berbeza, dengan skala kesukaran mudah ke sukar bermula skala 1 hingga 6. Setakat ini saya telah melalui trek 2 dan 3. 

Laluan Trek 2 landai dan sedikit berbukit di tengah perjalanan, tetapi masih boleh ditawan. Berbeza dengan Trek 3, dari pembacaan saya sebelum melaluinya, trek ini sering digunakan sebagai trek latihan persediaan kepada pendaki-pendaki gunung Kinabalu. Wow. Tak sangka kan. 

Ketika pertama kali kami mendaki di sini, kami mengambil laluan Trek 3. Akibat terlalu tergesa-gesa dan tidak menjaga tempo, kami "tewas" di tengah bukit lalu tidak dapat sampai ke puncak! Ada sedikit kesal kerana tidak dapat menghabiskan dakian, tapi kami berjaya tebus pada dakian kali ke-2 ✌️

Trek 3 ini adalah laluan tangga dan bentuknya yang cerun (mungkin 45 darjah) sehingga ke tengah bukit. Saya tidak sempat mengira bilangan anak tangga akibat semput menghabiskan perjalanan😅 Bagi saya, trek ini memang sukar terutama bagi pendaki baru seperti saya. 

Di penghujung anak tangga Trek 3 ini kelihatan dataran luas. Ini bukan puncak bukit lagi ya, ini boleh dikatakan bahagian tengah bukit sebelum sampai ke puncak. Anda mesti meneruskan perjalanan lagi sebelum betul-betul sampai di puncak.



3. Bukit Kopungit, Kepayan

Ini ialah bukit kedua yang saya daki. Dakian agak santai dan cermat. Ada banyak laluan yang boleh dilalui bergantung kepada stamina masing-masing. 

Setibanya di puncak, Tanjung Aru dan kawasan sekitar dapat dilihat dari atas sini. Sangat menarik dan menenangkan fikiran. 

Bukit ini terletak di seberang jalan menghala ke Lido selepas bulatan Hospital Queen Elizabeth 1. Para pendaki hanya memarkir di tepi jalan.

Oh ya. Bukit pertama yang saya daki di Kota Kinabalu ialah bukit berdekatan kawasan perumahan saya. Saya panggil "bukit taman kepayan" bersempena nama kawasan perumahan saya. 


Sekian perkongsian dari saya. Harapnya sedikit sebanyak dapat membantu kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini. Dan kalau anda ada soalan/komen bernas/penambahbaikan, boleh letak di ruang komen ya. Thanks 😉

Nota kaki:
Saat ini seluruh dunia dilanda dengan serangan penyakit pandemik iaitu covid-19. Semua sempadan negara telah ditutup suda hampir lapan bulan lamanya sejak dari bulan Mac. Mari kita sama-sama berdoa agar negara kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan semoga Allah menurunkan penawar bagi penyakit ini. Aaminnn..
#staysafe
#stayathome
#covid19


Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea