Up and Down

Selamat hari Merdeka ke-61. Life wont be so much easier, but there's always a way. ___________ Selepas bergraduasi, niat di hati ingin mencurah bakti di kampung halaman. Sudah tamat pelajaran, perlulah mencari pekerjaan untuk menampung hidup dan melunaskan hutang-piutang yang ada. Namun, aku menganggur hampir setahun sebelum mendapat pekerjaan sebagai konsultan di sebuah syarikat di semenanjung. Dan sebenarnya bukan seratus peratus menganggur, sebab aku juga menolong keluargaku berniaga di samping berniaga kecil-kecilan. Disebabkan oleh fikiran yang belum matang dan tidak tahan dengan beban pekerjaan, aku pun meletak jawatan dan balik semula ke kampung halaman. Sepanjang setahun aku berusaha mencari pekerjaan dari berdekatan tempat tinggal sehingga ke bandar besar, menghantar salinan resume ke syarikat kecil dan besar dan juga estet-estet, emel kepada berpuluh-puluh syarikat, namun jika tuhanmu mengatakan belum masanya lagi, maka bersabarlah dan usah...