Up and Down

Selamat hari Merdeka ke-61.



Life wont be so much easier, but there's always a way.
___________

Selepas bergraduasi, niat di hati ingin mencurah bakti di kampung halaman. Sudah tamat pelajaran, perlulah mencari pekerjaan untuk menampung hidup dan melunaskan hutang-piutang yang ada. Namun, aku menganggur hampir setahun sebelum mendapat pekerjaan sebagai konsultan di sebuah syarikat di semenanjung. Dan sebenarnya bukan seratus peratus menganggur, sebab aku juga menolong keluargaku berniaga di samping berniaga kecil-kecilan. 

Disebabkan oleh fikiran yang belum matang dan tidak tahan dengan beban pekerjaan, aku pun meletak jawatan dan balik semula ke kampung halaman. 

Sepanjang setahun aku berusaha mencari pekerjaan dari berdekatan tempat tinggal sehingga ke bandar besar, menghantar salinan resume ke syarikat kecil dan besar dan juga estet-estet, emel kepada berpuluh-puluh syarikat, namun jika tuhanmu mengatakan belum masanya lagi, maka bersabarlah dan usaha lagi. 

Dihimpit dengan perasaan dan tekanan, di kepala terfikir kerja apa pun tidak kisah. Dan akhirnya aku bekerja sebagai 'cashier' di sebuah kedai runcit. Berkata di dalam hati, tidak mengapa bukan pekerjaan yang 'gah', sekurang-kurangnya ia dari sumber yang halal dan berkat. Ambil ia sebagai batu loncatan untuk mencari pekerjaan lain. Namun, kita ini hidup di zaman yang memikirkan 'cakap-cakap' orang. Pada mulanya aku cuba untuk tidak mengambil berat tentangnya. Ada juga sedikit perasaan malu. People won't talk directly to your face, but still you can sense it. I'd really appreciate it if you can confront me rather than throw a sarcasm words to me. Me still can bear the mean part, tapi memikirkan perasaan orang tua kita, aku pun berhenti dan kembali berniaga. 

Usaha tidak putus, aku pun mendapat kerja dalam bahagian pembinaan di bandar. Syukur. Sekurang-kurangnya aku memberi sedikit sinar kepada kedua orang tuaku. They can finally held their head up. But still, i have a long way to give a comfortable life to them. 

Aku bermula dari kosong. Aku memang tiada pengalaman tentangnya. Tapi nothing is impossible right? Sebab tu aku cuba untuk melakukan kerjaku bersungguh dan sebaiknya. Kena marah, lantaklah. Tidak tahu, tanyalah. Aku bukanlah genius, tapi aku masih ada 'effort'. I am still struggling everyday, e.v.e.r.y single day to make it happen. Mana mungkin aku dapat kuasainya dalam sehari dua, effort and hard work does. Dan memang tidak mudah bekerja dalam bidang yang dimonopoli oleh kaum adam. 

If people look down on you because you lack in knowledge and experience, then learn! If people ignore you just because you are a girl, ignore it and just do your work. You obviously can't change your gender, but you can change/add your skills. 

Rasa tidak layak untuk menulis coretan ini. Tapi sebagai peringatan kepadaku di saat-saat aku rasa 'down' dan rasa nak 'stop'. Dan mana la tahu, tulisan ku ini dapat membantu mereka yang se'perasaan' dengan ku. 

Its my 'anniversary' this coming few days. Either i stay, or go somewhere else, i hope that i can do my very best, as always.

Tiada lain yang ku harapkan, hanyalah kebaikan, keselamatan, kejayaan di dunia dan akhirat. 

Kudos to myself for being such a brave girl and for all those hard work. 

Ini bukan mitos. Ini benar.

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea