Jeju-do

Persiapan sebelum Travel ke Jeju-do.
(*untuk travellers)


Tiket
Semestinya dah ada tiket pulang balik baru boleh fly. Hehehe

Pengangkutan
Menyewa kereta atau menaiki pengangkutan awam.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menjelajah Jeju-do sebanyak mungkin, memilih untuk menyewa kereta adalah sangat sesuai dan berbaloi. Juga sesuai untuk travellers dalam kelompok yang ramai atau golongan veteran.
Agensi kenderaan yang biasa digunakan adalah AJ Car Rental, Lotte Rent A Car, Jeju Tasio dan banyak lagi.

Apa yang anda perlu tahu sebelum menyewa kereta?

Anda perlu ada International Driving Permit (IDP). Cuma perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan isi borang permohonan. Dokumen yang diperlukan;
1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan lesen memandu (sekurang-kurangnya tempoh sah laku adalah setahun).
3. Gambar ukuran passport
4. Tunai RM150

Dah dapat IDP anda :)

Kemudian, boleh la memasuki ke agensi kenderaan korea untuk membuat tempahan.

Nota kaki: Tempoh sah laku IDP adalah setahun sahaja. Kalau dah tak pegi mana-mana lepas ni, IDP ni masih boleh digunakan di dalam Malaysia. Agak sedih di situ, tapi perlu berkorban untuk dapatkan sesuatu kan? Oh yeah.


Tempat Penginapan
Sebelum memilih tempat penginapan, disarankan untuk menyusun itinerary terlebih dahulu. Bagi saya, adalah lebih baik menempah tempat penginapan yang berdekatan dengan bandar yang dilawati. Ini kerana jika anda menempah satu tempat penginapan sahaja sepanjang percutian anda(contohnya guesthouse di Jeju City), kos minyak anda akan berganda dan masa dan tenaga juga banyak dihabiskan untuk berulang-alik. Ini sekadar saranan. Namun masih bergantung kepada anda semua :)

Makanan
Bagi orang muslim, makanan halal sedikit sukar didapati berbanding di Seoul. Susah tidak bermaksud tiada. Kami ada mendapat katalog dari Korea Tourism Organizations (KTO) dan ada beberapa tempat makan  muslim friendly yang disenaraikan.

Seperti kebanyakan traveller lain, makanan kering seperti maggie, roti, serunding, paket Berahim adalah stok makanan yang wajib dibawa. Kami juga ada membawa beras. Alhamdulillah lepas. Tapi sila beringat, makanan tin seperti tuna dan kari ayam dll tidak dibenarkan sama sekali untuk hand-carry bag. Melainkan jika anda ingin melihat makanan anda dikeluarkan dan diambil oleh pihak kastam (macam kami. Sob sob).

Wang
Untuk wang, sebaiknya anda menukar wang RM kepada korean won sebelum mengembara. Duit yang telah ditukar diasingkan mengikut penggunaan. Ini untuk menjadikan perjalanan anda lebih sistematik dan teratur di samping mengelak bajet anda daripada 'short'.


Let's fly safely everyone ♡♡

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea