Sinilou Kibambangan Waterpark


Berhujung minggu di Kibabangan Waterpark. Untuk mereka yang punya anak kecil tempat ni sesuai untuk aktiviti air dan juga ' gathering famili'.


Jika anda dari arah kepayan, sampai di bulatan tengkolok, ambik exit ke-3. Tidak jauh dari bulatan masuk ke simpang sebelah kiri bersebelahan lampu isyarat.

Dari simpang ni mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai yang jaraknya antara 4 ke 5 km. Kawasan agak berbukit dan jalan kampung yang sempit sedikit menyukarkan perjalanan. So, hati-hati drive gais.

Jalan straight je dan cuba perhatikan papan tanda. Jika anda sampai di simpang yang ada jambatan besar di sebelah kiri dan jalan kampung lurus, ambil jalan lurus tu.

Bayaran masuk : RM3 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak)
Sewa pondok : RM15
Sewa pondok + tempat panggang : RM20
Sewa pelampung : RM4
Sewa jaket keselamatan : RM3
Pelampung kanak-kanak : RM8





Comments

Popular posts from this blog

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea