Backpackers Day 1 at Seoul, Korea


Alhamdulillah. Telah selamat mendarat dari bumi Korea. Ada masa yang sedikit ni, rasa nak update blog. Untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca. Mungkin boleh dijadikan panduan pabila travel ke Korea nanti. Insyaallah.

9 November 2016
Flight ke Incheon Airport pagi ni dijadualkan pada pukul 8.00 pagi waktu Malaysia. Kami bersarapan dengan makanan berat sebelum berlepas. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Incheon mengambil masa lebih kurang 6 jam. Peringatan ye kepada traveller. Bagi mereka yang membawak hand-carry ke  dalam pesawat, cuba minimize kan jumlah beg. Staf cuma bagi lepas SATU beg saja. Macam member aku ni, ada satu bagasi dan beg galas. Staf tak bagi lepas. Ok fine kami sumbat semua bagi satu bagasi je. Tapi aku tengok ada je yang lepas. Hmm.

Untuk pemeriksaan kastam dan imigresen, disarankan masuk lebih awal. Kalau bole 2 jam awal dah standby dekat pintu pelepasan disebabkan prosedur yang agak rumit. Tak kira lagi ramainya pelancong lain. Incase tak dapat lepas mana-mana kaunter, masih ada masa lagi untuk uruskan. Nanti ada yang sakit hati tak dapat fly. Aku cakap macam ni sebab masa nak checking next kastam counter, ada jugak penumpang yang patah balik naik ke atas. For your information, ada dua kali kastam checking. Satu kat atas, satu lagi kat tingkat bawah. That is why the flight attendant keep reminding all the international guests to come earlier to kastam and imigresen counter. Nak selamat, better masuk awal.

Sebelum berlepas, attendant flight akan bagi dua keping borang kecil untuk di isi. Arrival card dan traveller declaration form. Form tu kena isi nama, no passport, alamat tempat tinggal nanti kat korea, declaration tak bawak benda-benda yang dilarang oleh pihak korea. Nanti dah mendarat kena bagi borang tu kat kaunter imigresen Korea. 

Ni la rupa borang-borang yang nak kena isi tu

Lebih kurang pukul 3.15 petang waktu Korea kami selamat tiba di lapangan terbang Incheon. Tengok jam tangan, baru pukul 2.15 petang. Ingatkan abang pilot bawak laju hingga boleh sampai sejam awal dari jadual. Rupanya tidak. Waktu di Korea sememangnya sejam awal dari Malaysia. Keluar je dari pesawat, turun ke bawah untuk naik tren ke balai ketibaan. Canggih dan memudahkan pelancong. Bagi yang pertama kali jangan risau. Ikut je orang yang ramai-ramai tu. Tak sesat punya sebab yang lain pon nak ke destinasi yang sama.

Menunggu tren nak ke bangunan sebelah. Amboi! 


Dah selesai semua urusan imigresen, kami keluar dan top up T-money yang dapat percuma dari Korea Tourism Organizations(KTO). Kami top up 30,000 won dulu sebab nanti boleh top up lagi kat mana-mana convenience store. 

Annyeonhasaeyo yorubun :)

Jam sekarang pukul 5.10 petang waktu Korea. Kami saja keluar dari airport nak cari transport untuk ke Seoul. Perghh. Angin sejuk terasa sampai kat tulang. Ni bukan main-main. Cuaca nampak je cerah tapi angin Masyaallah sejuk. Tak sampai dua minit kat luar terus sarung baju sejuk. Huhu. Check suhu 6 degree celcius. Mahu tak sejuk. Padahal boleh je lalu kat atas sebab ada jambatan yang menghubungkan airport dan stesen tren. Haha. Padan muka.

Ada banyak pilihan pengangkutan dari Incheon Airport ke Seoul. Bas, teksi, airport railway, pilih je. Kami naik tren dari Incheon Airport, kemudian bertukar ke Line 2 Seoul Subway City Hall.

Tren dari Incheon Airport ke Seoul


Kami menginap di Myeongdong Town Guesthouse atau Kimchee Town Guesthouse kat Euljiro-(3) sam ga stesen. Hari pertama pon dah sesat. Haha. Nasib kami memang sedikit malang hari tu. Kami tiba di Seoul waktu orang balik kerja. Memang penuh la kan subway tu. Pastu kat walkway masa nak tukar exit, guess what batang pemegang luggage kawan aku si edy tu patah pulak! Beg besar dan berat tu tak boleh nak tarik dah, tapi perjalanan tetap kena diteruskan. Punya gigih kawan aku tu mengusungnya. Ada gak mata-mata yang memandang kami yang serabut tu. Tapi ya la, pandang je mampu. 

Agak jauh jugak kami berjalan. Rasa macam dah lalu 1 stesen. Ni kes salah exit tren. *tips kat kakao metro apps tu ada bagi nearest exit. Contoh nearest exit 3-2. So masa berbaris nak tunggu tren tu, cari pintu tren yang tulis 3-2. Lagi dekat dan jimat masa nak keluar dari exit subway.

Dah jumpa exit 12 Euljiro-(3) sam ga, kami pon keluar ikut laluan tu. Sebelum berlepas ke Korea, kami dah sedia itinerary. Its a basic thing and a must for travellers I think. Schedule, directions, makanan, segala bajet ada dalam tu. But I guess something is wrong somewhere. We couldn't find way to our guesthouse based on the location share on google. Then we went to a nearby convenience store and ask about this guesthouse. Tapi dia pon tak tau, satu, dia tak pernah dengar nama guesthouse tu. Dua, ada banyak guesthouse kat kawasan ni, dia pon tak sure. Tapi dia kata mungkin area myeongdong (sebab nama guesthouse tu tulis myeongdong). Myeongdong ada kat depan lagi, kena jalan dalam 5 ke 10minit. Ok fine. Pergi jugak cari. Cuba bayangkan dengan beg besar dan berat tu, berjalan merentas jalan raya nak cari guesthouse. Dah jalan agak jauh dan rasa macam tak nampak lagi penghujung pencarian kami ni, kami singgah lagi tanya kat kedai farmasi. Luckily staf dia fasih berbahasa Inggeris dan baik pulak tu. Dia siap google kan lagi alamat guesthouse kami. Dan ternyata, laluan yang kami lalu pertama tadi, adalah laluan yang betul. Cuma kena jalan 100 meter lagi. ##%$&(@)!@#!!! Geram jugak la tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Huhu. Mianhae chingu yaa.. silap aku jugak tak check betul-betul. *tips Free WIFI hanya di tempat tertentu, dan line macam chipsmore. Nasihat aku, kalo ada duit lebih, better beli simkad tu. Senang sikit kalo ada hal kecemasan macam kami. Nak call pon payah. *tips Be prepared! Bole je tak nak beli simkad. Tapi make sure direction semua betul. Haha. Panjang ceritanya, penat explain. Meh bagi direction terus.

Arah ke Kimchee Town Guesthouse/ Myeongdong Town Guesthouse
Keluar dari exit 12 stesen Euljiro-(3) sam ga, nampak kedai Subway di depan dan terus lintas jalan. Jalan terus dan nampak kedai 7 eleven kat sebelah kiri. Kedai ni kat corner, so senang nak cam. Kimchee Myeongdong Town Guesthouse ni kat opposite jalan je. Papan tanda secoet je, bersebelahan dengan kedai jual lampu.

Euljiro (3)-sam ga station exit 12

Keluar je dari exit 12, nampak kedai ni kat sebelah kanan

Inilah dia guesthouse kami

Asalnya waktu malam plan nak ke myeongdong market, tapi terpaksa tukar plan. Jadinya duduk kat bilik je sebab letih sangat. Haha

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea