Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

13 November 2016
Hari ke-5 kami di Korea Selatan adalah hari untuk menjejak gelombang Kpop yang melanda hampir seluruh dunia. Cewah. Intro yang agak gempak di situ.

Hari ni kami bergerak sedikit lambat berbanding hari sebelumnya. Aku tak tahu dah berapa mileage perjalanan kami sepanjang 4 hari di sini. Kaki memang dah lenguh habis. Tapi semangat masih membara. Haha.

Lokasi pertama kami adalah Coex Mall.
Hari ni kami bergerak agak lewat sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Pukul 9 pagi baru sampai kat mall. Ye la. Penat semalam tak habis lagi.


Arah ke Coex Mall = 1,350won
Dari Euljiro 3(sam)ga turun di Samseong Station.
Anggaran masa : 31minit (sumber: Kakao Apps)

Untuk pengetahuan korang, stesen ni menghubungkan terus anda ke Coex Mall ni. Sepanjang jalan ke mall dah terasa aura-aura k-pop ni. Haha.


Dari kejauhan dah kelihatan signboard SM Town Coex Artium. Syok giler. Mata pon jadi cerah je. Xda yuran masuk ye. Ramai giler orang kat entrance. Dan mostly adalah budak remaja. Kat tingkat atas bangunan ni sebenarnya adalah 'heaven' bagi peminat-peminat tegar k-pop. CD siap sign, barang-barang yang artis pernah pakai, baju, kasut, topi, segala aksesori, kad dan sebagainya ada di jual kat tempat ni. Tapi hanya untuk artis di bawah naungan SM Entertainment je ya. Contoh EXO, TVXQ, SUPER JUNIOR, GIRL GENERATION dan banyak lagi.


Sepanjang nak naik ke tingkat atas korang takkan rasa kebosanan sebabnya kat tepi kiri kanan laluan penuh dengan muka artis-artis SM. Tak dapat jumpa real, gambar pon jadi la ye.

Kat sini jugak ada kafe yang hiasan dalamannya turut bertemakan bintang hallyu ni. Memang dapat dilihat ramai dari kalangan remaja yang memenuhi tempat ni. Kalau tengok drama korea tu, peminat-peminat fanatik tu..haa..macam tu laa (Walhal aku pon peminat diorang gak). Kitorang apalagi..macam orang hilang arah pusing satu kedai berkali-kali sebab excited giler.

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami singgah sekejap di Coex Mall. Katanya mall ni adalah mall bawah tanah yang terbesar di Asia. So, kami pon nak tau jugak macam mn rupa mall ni.


Siyes, interior design memang lawa terutama kat bahagian siling. Kat atas ada muzium tapi kitorang x masuk sekadar menjengah sebab ada lagi tempat kena pegi. So, lepas dah lepak kejap kat mall, terus gerak ke destinasi seterusnya.


Kami tiba di Gangnam hampir pukul 12 tengahari. Tujuan kami adalah untuk ambush JYP dan Cube Ent. He he.


Arah ke Gangnam = 1,250won
Dari Samseong station (line 2) --> turun di Solleoung station then tukar ke bundang line --> turun di Apgujeongrodeo Station
Anggaran masa : 18min (sumber : Kakao Apps)

Kat Apgujeongrodeo station ni, untuk mudah korang boleh keluar dari exit 2 atau 3. Untuk sampai ke JYP ent., korang akan lalu kat K✩ Star Road dan Cheongdam Fashion Street untuk sampai ke Cheongdam Sageori (simpang 4 yang sangat luas). Masa perjalanan dari station ke simpang ni dalam 10 ke 15 minit bergantung pada kelajuan korang. Hehe. Jalan straight je sampai la jumpa simpang ni.

Dah sampai kat simpang 4 ni, kat sebelah kiri korang adalah Dosandae-ro (Dosandae tu agaknya nama untuk jalan ni kot). Ikut je jalan tu. Tak jauh pon dalam 2-3 minit gitu akan nampak kat sebelah kiri korang Baskin Robbins dan lorong kecil. Lalu kat lorong tu. Kat sebelah kanan korang ada papan tanda untuk k ✩ Star road ni. Boleh rujuk kat papan tu untuk syarikat hiburan lain dan jejaki idol2 korang. Tapi hari tu papan tu tak update sebab ada sesetengah kompeni dah keluar dari radar(bukan dalam Gangnam dah). Contoh macam Cube Ent. ni. Dahulunya Cube Ent. ada kat sebelah papan tanda ni je, bangunan kaler coklat. Tapi diorang dah pindah p area lain.
Ok. Dari papan tanda tadi tu, jalan je terus sampai ke hujung bangunan. Kedai kat corner bangunan ni adalah sebuah cafe. Bertentangan dengan cafe ni adalah JYP Ent. Fuhh..xsusah nak cari JYP ni melainkan diorang tukar lokasi lain. Hehe.




Jam menunjukkan pukul 12.17 tghari. Kitorang duduk kat luar cafe dan pandang bangunan tu atas bawah dengan harapan dapat la jumpa sorang dua artis kpop ni. Bukan kitorang dua je. Ramai jugak peminat local n international yang berlegar kat depan JYP Ent ni. Sambil-sambil tunggu tu kitorang google lokasi Cube Entertainment ni. Tadi kami dah round ikut papan tanda tu tapi Cube Ent. memang dah tukar lokasi. So, kena cari lokasi lain. Aku pulak sibuk nak cari Blossom Ent. namun sebenarnya kompeni tu pon bukan dalam area Gangnam.

Dah yakin lokasi terbaru Cube Ent. kitorang pon decide untuk gerak ke tempat seterusnya. Tunggu artis JYP pon xda gak, so moh ler kite gerak.

Arah ke Cube Entertainment(=1,250won)
Dari Apgujeongrodeo Station --> turun di Wangsimni Station kemudian tukar ke Line 2 --> turun di Seongsu Station
Anggaran masa :13minit (sumber Kakao Apps)

Kami sampai di Seongsu station dalam pukul 2.20. So dari subway station tadi jalan straight je dalam 10 minit dan sampai! Cube Ent. betul-betul di sebelah kanan korang. Yohoo.


Kat bawah bangunan ni ialah Cube 20 Spaces a.k.a cafe. Nak naik tak dapat kan. So duduk la kat kafe ni. Dalam kafe ni nampak la beberapa group yang tengah lepak dan study group. Kat corner kedai ni ada ruang fotografi dah gambar-gambar  dan barangan artis naungan Cube Ent. diletakkan pada ruang ni. Kot ada yang berkenan boleh beli. Sememangnya cafe-cafe di Korea ni tampak ekslusif dengan susun atur yang kreatif. Maka tal bosan rasanya duduk lama dalam ni. Hehe.

So dah rasa puas hati jejak kaki kat sini, tiba masa untuk gerak. Sob sob. Cukup tuk hari ni. Eh. Hari ni tak cerita pasal makanan pulak ye. So moh la kite makan.

Datang cni tapi tak makan ikan bakar rasa macam tak lengkap je. Jadinya bermula la misi kitorang untuk menjejak ikan bakar di Dongdaemun.

Arah ke Dongdaemun(=1,250won)
Dari Apgujeongrodeo station-->turun di Wangsimni Station kemudian tukar ke line 2(hijau)--> naik subway dan turun di Dongdaemun Culture and History Station kemudian tukar ke Line 4(biru) -->naik subway dan turun di Dongdaemun Station.
Anggaran masa : 20minit( sumber Kakao Apps)

Dari Dongdaemun Station, keluar ikut exit 8. Kat sebelah kiri adalah Pyoung Hwa Clothing Market. Kat depan pulak akan nampak JW Marriott Hotel. Ikut je jalan tu. Jalan straight sepanjang Cheonggyecheon Stream tu nanti akan nampak satu jambatan kat sebelah kiri. Kat kanan pulak ada simpang. Masuk simpang ke kanan tu. Ikut lorong tu dan akan nampak banyak penjual ikan bakar kat simpang 4 ni. Kat simpang ni ambik lorong di sebelah kiri,lalu jalan tu dah akan nampak restoran halal ikan bakar.




Alkisah kami nak ke gerai ni punya lah payah nak jumpa. Jalan JW Marriott tu betul dah. Cuma kitorang konfius bab jambatan tu. Kitorang terlebih langkah, sampai ke jambatan yang depan lagi. Kebetulan ada lorong ke kanan jgk. Masuk lorong tu nampak pasar kat sebelah kiri(sebenarnya tu adalah Gwangjang Market-selalu masuk dalam tv), kedai Mammo (swiss, technology) kat sebelah kanan. Pusing la kawasan tu berkali-kali. Tanya geng kimchi, betul la area tu. Kena cari gerai ikan bakar tu. Kitorang pon lalu kedai Mammo tu sampai ke hujung jalan. Memang ada kedai ikan bakar, tapi yang halal tu tak jumpa! Omgg

Pastu tanya la ajusshi tepi jalan tu dekat dengan kedai Mammoo. Kata kat dia Jeonju Sikdang. Dia pon macam tak faham apa yang kitorang nak. Huhu. Pastu jumpa lagi sorang ajusshi yang boleh speaking English. Ramah orangnya. Dia pernah keje kat Malaysia. Dia sekarang tengah cuti dan bawak famili dia bercuti. Sembang punya sembang, dia pon sudi tunjuk jalan. Dia bawak kami ke tempat sama, yang ada jual ikan bakar. Sebab dia pon rushing nak balik, dia hantar kami sekerat jalan je la. Tapi tu pon kitorang bersyukur sangat sebab ada jugak yang perasan kebingungan kami tu. Gomawo ahjushi. 


Aku perasan hampir semua blogger yang nak makan ikan bakar kat Dongdaemun ni pasti akan sesat masa kat bridge tu. Huhu.

Dah dua tiga kali lalu tempat sama baru kami nampak signboard gerai tu. Ada sedikit kelainan dengan gambar sebab tu kitorang tak dapat cam. Dan lagi parah, kedai tu tutup! Aigooo...letih dan kecewa tak jangan cakap la. Rasa nak nangis. Dah la lapar, dari siang sampai ke malam tak dapat lagi proper meal. Huhu.

Tetiba ahjumma kedai sebelah jerit kat kitorang "selamat datang" "halal" "no pork" dia ulang perkataan tu. Mungkin dia tau kami dari Malaysia dan mencari makanan halal. Kebetulan kat dalam nampak 2 orang wanita mungkin Malaysian. Ada jugak pak arab dan keluarga berjilbab. So kitorang pon yakin untuk makan.

Akhiranya dapat juga rehatkan kaki. Penat oo.. dah tu kitorang pon order makanan sebab dah lapar sangat ni. Kitorang order makanan terkenal di Dongdaemun; ikan bakar dan add ons, sotong bakar. Mak aihhh. Nafsu.

Walaupon ramai pelanggan, kami tak tunggu lama untuk makanan sampai. Gerai ni ada 2 tingkat dan padat dengan pelanggan. Mungkin sebab dah pukul 6, tu la kedai dipenuhi dengan orang ramai yang datang untuk dinner.

Ahjumma datang dengan makanan. Kat atas meja ada nasi putih, sup, side dish seperti taugeh, kimchi, radish dan ikan bakar. Sotong goreng datang kemudian. Kali ni tekak aku dapat menerima kimchi tu. Licin je pinggan. Mungkin sebab perasa dan bau yang ahjumma ni buat tak kuat sangat, dan mungkin la sebab dah bole adapt(cewah) dengan environment, tu yang dapat makan tu. Rugi jugak kalo tak makan. Hehe. Kalau korang biasa tengok portion makanan orang korea ni, memang berbeza dengan kitorang. Tapi surprisingly, yang tu pon dah cukup buat kenyang. Kalau kat kampung jangan harap la mesti nasi bertambah. Hehe.

So untuk dinner kami ni total semua sekali 15,000won(anggaran sebab akak tak ingat berapa)


Makan pon dah, tenaga pon dah fully charge. So kitorang nak move ke tempat seterusnya. Tau tak, kat Pyoung Hwa Clothing Market ni adalah antara tempat yang murah untuk beli cenderamata. Market ni sinonim dengan tempat jualan baju dan kain sutera. Tapi barang-barang souvenirs pon ada di jual di sini.



Kami sampai agak lewat di sini dan kebanyakan gerai sudah pon tutup. Waktu operasi market ni sehingga pukul 6 petang. Kami cuma membeli beberapa souvenirs memandangkan harganya pon berpatutan. Satu lagi sebab pikir kami tak pegi lagi ke market lain, takut menyesal pulak bila banding harga. Kami tak payah tawar ahjumma tu dah bagi siap2 diskaun.


Mungkin sebab dah biasa dengan foreigner seperti kami dan tambahan pulak dia pon nak tutup gerai tu yang dia tak banyak cakap. Hehe. Akak beli keychain dan sudu korea.

Sudu(5pcs)= 5,000won
Keychain(10pcs)= 10,000won dapat 8,000won

Dah siap beli souvenirs, kitorang pon bergerak keluar dari bangunan. Tak lama lepas tu, kitorang pon berada di depan Dongdaemun Design Plaza(DDP). Kawasan ni memang sangat 'hidup' pada waktu malam.



Kami menelusuri Doota Shopping Complex dan Migliore di mana live performance sedang berlangsung. Memang meriah. Ku kira ni adalah bakal-bakal idol yang akan debut. Audiens jugak tidak kurang hebatnya. Mereka bernyanyi dan menari mengikut musik di bawah pentas. Dan kebanyakan dari negara barat yang juga datang bercuti di sini.



Kami pon menyeberang ke sebelah jalan untuk masuk ke DDP. Reka bentuk bangunan ni bertambah menyerlah dengan lampu-lampu neon di sekelilingnya. Memang cantik dan kreatif bangunan ni. Banyak jugak benda-benda kreatif di dalam ni. Korang kena tengok sendiri baru dapat feel tu. Akak doakan korang pon dapat sampai ke sini.



Antara tempat tumpuan kat plaza ni ialah taman bunga lampu neon. Penuh dengan cahaya.


Ada masa sikit ni kami ingat nak singgah kat Myeongdong Market, nak survey harga barang kat sana. Hehe. Plannya kami ni nak berjalan kaki je dari Dongdaemun ke Myeongdong. Tengok ada beza 1 stesen je. Nak try jugak tengok firasat hati ni betul ke tak. So kami pon berjalan kaki la. Masa ni la kami terlalu tanpa sengaja Heunginjimun Gate (aku pom xtau la betul ke tak tapi refer gambar yang aku tangkap sama).


Kami dah berjalan kaki sampai ke hujung dunia tapi tak jumpa jugak arah nak ke Myeongdong. Dah agak jauh berjalan dan kawasan pon makin gelap, kitorang pon decide untuk try naik bas. Tunggu pulak kat stesen bas satu bas pon xda yang singgah melainkan di seberang jalan. Masa ni mood masing-masing pon dah ke laut. Huhu. So, kitorang akhirnya decide untuk naik subway je. Bayangkan  hampir sejam kitorang berlegar-legar kat kawasan Dongdaemun semata-mata nak jimat duit tambang. Lol.


Kami sampai di Myeongdong dalam pukul 8.30malam. Baru je jejak kaki kat entrance dah nampak betapa meriahnya Myeongdong market ni. Penuh dengan penjual dan pembeli. Kedai kosmetik xpayah cakap. Kiri dan kanan semua kedai kosmetik. Kat tengah laluan pulak ada gerai macam pasar malam tu. Daeeebakkk!


Kebetulan waktu ni kami terjumpa dengan kru penggambaran dari Malaysia. Diorang tengah buat dokumentari pasal pelajar-pelajar Malaysia kat sini. Kami tak sembang lama sebab excited tak tau nak kata sampai kat tempat ni. Hehe. So kami pon memulakan ekspidisi kat market ni.
Kami survey segala produk dan harga kosmetik di sini. Sambil tu cari order untuk kakak c edy ni. Hehe. Kitorang pon ada try egg bun kat sini. Serius sedap. Harganya 2,000won sebijik. Yang ni recommended. Tengok blog2 semua pon kata egg bun kat Myeongdong ni kita boleh makan. Jangan risau. Peniaga kat sini faham. Ada sekali tu kitorang nak try makanan kat Myeongdong ni, ala-ala terang bulan(inti jagung) tapi inti dia daging dan sayuran. Pastu peniaga ni kata, "cannot""this is pork". Ok, diorang paham. Kita yang lengkap berjilbab ni tak boleh makan daging tu. Syukur dia bagitau kitorang. Harap-harap lagi ramai peniaga makanan terutamanya di negara asing akan faham tentang Islam, apa yang kita boleh dan tak boleh makan. Hehe.


So, jam pon dah menunjukkan pukul 10 lebih. Kitorang tak boleh tinggal lama sebab esok paginya kena gerak awal. Mula-mula balik tu nak jalan kaki je sebab dah dekat sangat. Tapi memandangkan kaki masih lenguh dan tak nak sesat lagi, kami pon naik subway balik. Hehe.

So, tamat untuk hari ke-5 kami di Korea ;)

Summary belanja hari ke-5
Pengangkutan=5,600won
Makanan(ikan bakar dan sotong bakar)= 15,000won
Souvenirs(masing2)=13,000won
Egg tart= 2,000won


Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea