Subhanallah...semakin meningkat dewasa ni,semakin banyak cabaran yang aku hadapi.semakin jauh aku berjalan, semakin banyak yang aku pelajari.Syukur ya Rabb,aku masih ada kekuatan untuk menjalani hidup di bumimu ini.

   Alhamdulillah,sekarang ni aku bergelar pelajar universiti,insyaAllah bakal graduan ijazah kejuruteraan sumber mineral. Ni masuk tahun kedua aku di kampus kejuruteraan.Rasa macam x percaya..sudah hampir dua tahun aku menetap di negeri yang agak asing bagi aku ini..Banyak yang aku pelajari sejak tinggal jauh dari keluarga dan negeri tempat tumpahnya darahku..suka,duka,pahit manis kehidupan semua sudah sebati dengan diriku.
 
   hidup sebagai seorang mahasiswa ni,satu cabaran yang baru buat aku.kalau dulunya ni aku jenis yang pasif dan lebih suka bersendirian,tapi sekarang aku perlu berubah.untuk terus hidup di universiti ni,aku perlu ubah cara pemikiran aku,aku mesti keluar dari takuk lama.memang amat sukar bagi aku,tapi dengan izinNya tidak ada yang mustahil..untuk capai target aku,aku perlu berusaha.suatu ketika dulu,ada seorang kakak tu cakap kat aku," Allah tidak pandang hasil,tapi usaha kita"

    alhamdulillah syukur.banyak kelemahan diri yang aku sudah perbaiki.mungkin tidak begitu sempurna,tapi sekurang-kurangnya ad peningkatan."sikit-sikit,lama-lama jadi bukit"bukan begitu?biar sedikit,yang penting istiqamah dalam melakukannya.jangan terlalu drastik,nanti sakit..hehe.apa-apa pun,semua itu datang daripada Allah,dan disandarkan pada diriku yang serba kekurangan ini.wallahualam :)
   

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea