My First Backpacker Trip: SOUTH KOREA TRIP

bilahatiberbicara
Well..nampak x tajuk entri ni??? Baca je pon dah rasa seronok sangat. Sebelum ni pernah gak pegi trip dengan kawan-kawan. Tapi kali ni kami pergi tempat yang lagi jauh, dan bukan dalam kelompok besar. Mahu x seronok? Seronok kemain lagi nak pegi tempat yang menarik ni, dan menjadi tempat kegilaan hampir semua orang. Aku rasa kalau Air Asia atau Mas Airline buat promosi harga tiket murah gila, pasti semua beratur nak pegi. Tiket mahal pon diorang sapu gak, ni kan lagi kalau murah.. haha
Al-kisahnya begini. Aku dan roommate masa kat kampus dulu sembang kencang nak jelajah tempat ni. Al-maklum la sejak terjebak dengan virus ni sejak sekolah menengah, 9 tahun lepas kot, layan pulak drama dan segala jenis variety show, keinginan nak pergi tu makin membuak-buak pulak. Ditambah pulak dengan roommate aku yang bole tahan gila dia ni, maka tercipta satu impian kami.
Dan akhirnya, since our last conversation 2 to 3 years ago, we are given this chance to fulfill our dream. X pegi lagi ni. Tapi rasa seronoknya bukan main lagi. Actually, there's only 46 days left for our take off. X lama lagi kan. Tapi tengok la, ada banyak benda x siap lagi ni. Ingat nak main redah jak, tapi x bole gak. Kang sampai sana x pasal-pasal habiskan masa dengan benda x sepatutnya. Jadi, kena ada perancangan.
Semoga perjalanan kami ini diberkati dan dipermudahkan. Semoga menjadi perjalanan yang bermanfaat dan memberi pengajaran buat kami. Bukan hanya suka-suka.
Memandangkan ramai yang ada tanam cita-cita nak jelajah tempat ni, harap penulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak. Sebab x banyak lagi persiapan yang dibuat, segala perancangan nanti akan dikongsi.
Seronok rasa dapat menulis. Dan kongsi perasaan ini bersama. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tegur. Happy reading ♡♡♡


Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea