D-20 SOUTH KOREA TRIP AND PREPARATION

Hari ni aku nak kongsi pasal persiapan kami ke Korea. Sedar x sedar, ada lagi 20 hari akan travel. Excited??? 그 럼 요 !!



1. Tiket flight
First thing first, the most important thing is return flight ticket. Xda tiket, xda travel. Yillekkk.. beb aku, a.k.a edy yang settle benda ni. Hari tu dia kata nak pegi Matta Fair. Dia kata kalau ada tiket return yang murah, dia terus grab je. Aku pon iye je la. Xda semangat beb. Ha laa..jalan-jalan ke sana x nampak lagi, kabur! And surprisingly, dia dapat tiket return yang kira murah jugak la, sebab masa pon dah suntuk. Cadang nak pegi bulan november, beli tiket bulan September. Rushing x rushing? Dapat grab return flight Air Asia RM700 lebih sorang. Tolak tambah segala cukai adalah dalam RM800++ sorang. Syukur. Settle satu hal. Dah dapat tiket, baru bersemangat nak rancang perjalanan.

2. Hostel
Travel kami ni backpackers style. So, nak cari tempat penginapan ni kena ada benda-benda ni;
a. murah semurah-murahnya
b. privasi(kami pilih bilik double. Sebenarnya kalau nak bajet lagi, bole pilih dorm, lagi jimat. Tapi memikirkan keselamatan dan keselesaan kami, since kami ni ladies 2 ketui je, kami decide ambik bilik double)
c. dekat dengan subway(since nak berjimat, subway adalah pilihan terbaik. Mostly hostel yang kami survey, semuanya berdekatan dengan subway, dalam 5 ke 10 minit perjalanan kaki. Ok la kan. Exercise sikit. )
Mostly hostel ada sediakan fasiliti2 untuk kegunaan kita. So no worries pasal tempat penginapan ni. Lagi mudah dengan adanya bantuan apps. Untuk tempat penginapan, kami guna apps booking.com dan agoda. Tapi bila banding kedua-duanya, memang ada perbezaan. Cuba try. Hee.
Kami juga cuba cari kt airbnb. Murah memang murah dan nampak selesa dari gambar. Tapi ada yang x menepati syarat yang ditetapkan( sebenarnya syarat yang aku tetapkan. Haha). So, forget it.
Setelah berhari-hari mencari, dapat pon bilik yang ngam dengan syarat kami. Hee. Akhirnya kami decide untuk menginap di Myeongdong Town Guesthouse. Kalau tengok gambar, just nice. Tunggu kami sampai sana ye then review. Insyaallah.
Ada banyak jenis tempat penginapan. Dorm, hostel, hotel, guesthouse. Pilih mana yang berkenan dengan bajet, bilangan dan sebagainya.

Cari bilik kat sini

3. Itinerary
Yang ni paling penting aku rasa. Dah la nak pegi jauh kan, kalau xda perancangan takut jadi sia-sia perjalanan. Kita xtau apa akan berlaku, so just prepare. Sekurang-kurangnya ada guideline. Aku baca kat blogger yang dah pergi, sapu je kat situ bak kata c edy. Ambik sikit dari kawan dia punya itinerary.
Untuk itinerary ni, aku kongsi next entri la ye. Day 1 to Day 8. Dah jadi baru cerita. Haha.

4. Barang-barang nak bawak
Haa..since Korea ni x sama macam Malaysia, so ada a few things yang kita kena tengok dan sesuaikan dengan kita. List2 barang pon aku cedok dari blogger yang murah hati.
Insyaallah kami sampai ke Korea dah late autumn. Cuaca pon dah agak sejuk sebab dah nak dekat winter. So yang kami concern ni bab pakaian. Berkat kawan c edy yang baik hati, dapat la pinjam winter coat dan blazer. Check suhu waktu malam bole sampai -3°C...haaa...nak cakap apa? Mahu x beku. X bawak banyak baju pon 2 3 pasang cukup la.
Barang-barang lain macam makanan, toiletries, ubat-ubatan, semua tu just refer blogger yang dah pernah pergi. X banyak beza pon. Lagipon nak meminimumkan barang sebab kami x beli luggage untuk pergi. ㅋㅋㅋ
Thanx kawan edy bagi pinjam ;)

5. KTO Voucher
Haa..yang ni best. Just masuk ke laman web Korea Tourism Organizations daftar sebagai kaki korea dan jawab survey. Dah habis jawab a few questions, then dia akan bagi kita code untuk redemption.
Apa yang kita dapat redeem?? Korea sangat mementingkan sektor perlancongannya. Ni semua sebab korean wave, semua nak pergi korea ㅋㅋㅋ termasuk aku. So korea bagi baucer percuma kepada pelancong. Kad T-Money dia bagi percuma. Mostly semua dah tau kan function dia. Kad ni macam touch n go. Bole top up then guna d subway atau bas. Kalau nak beli sendiri pon bole, tapi ada yang free grab je la kan..haha.. maaf, saya backpackers punya stail, so sebolehnya nak minimumkan belanja. Hee. Lepas tu diorang ada bagi baucer. Ni ada bagi diskaun untuk tiket bas atau pun entrance. Jimat x jimat? Hee.
Macam mana nak redeem?? Ok dah dapat emel code dari KTO, print, then prepare 1 copy IC, tiket flight, dan id kaki korea kita. Pergi ofis KTO kat menara hap seng, terus redeem kat situ. Kalau nak redeem sekali ngn member, just suruh member tu prepare macam kat atas. Mudah kan.


5. Passport dan kastam
Ok, aku x buat lagi passport. Sebab aku ni x pernah lagi travel luar negara, so aku pon xdak passport lagi. Haha. Nak buat passport bawak RM200 dan IC.
Pastu check availability ke luar negara. Aku pon risau gak nanti xdapat pulak travel. So better be safe than sorry. Bole check online. No worries.
Apa lagi ya. Setakat ni, itu je la yang aku prepare. Haha. Aku agak risau currency diorang.
So aku akan update sampailah dah habis travel. Insyaallah. Doakan kami

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea