Backpackers Day 3 at Seoul, Korea

11 November 2016
Tak sedar, dah masuk hari ke-3 di Seoul, Korea. Subuh tadi hujan turun. Suhu? Sejukkk sampai ke tulang. Grrr.. Pagi tadi kami check out awal sangat. Pukul 5.30 pagi dah keluar. Padan muka. Dah keluar baru realise sebenarnya waktu check out untuk sesi malam pukul 9.00 pagi esoknya. Hmm..hanya mampu berhuhuu.

Sebab dah check out awal sangat, subuh pun tak lagi. Kami singgah kat parking lot Lotte Market untuk solat sebab kawasan lain agak kotor, basah dan sedikit terdedah kepada umum. Mungkin pemandangan 'orang bersolat' menjadi fenomena yang semakin biasa dilihat oleh segelintir orang korea, sebabnya begitu ramai pelancong yang berlainan agama dan budaya yang datang setiap tahun ke negera mereka.


Usai solat, kami pon meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Pagi ni kami melawat Seoul Library dan Seoul City Hall sebab dua tempat ni berdekatan je. Kemudian ke Doeksugung Palace. Kami mengambil tren dari Seoul station kemudian turun di City Hall station. Kami sampai awal di City Hall station, so kami decide untuk bersarapan dulu.

Morning sunshine!

GS2, 7Eleven bersebelahan dengan Seoul Library. Tak jalan jauh pon, kat seberang jalan raya je. Pagi tu kami bersarapan susu pisang, roti garnier, gimbap, air nescafe. Sedih weyhh. Apa yang sedihnya. Sebab tak nampak tempat lepak yang sesuai, kami makan kat luar perkarangan Seoul City Hall. Dengan cuaca sejuknya. Nampak macam gelandangan pon ada. Hohoo.

Dah habis sarapan, kitorang pon siap-siap masuk ke Seoul Library. Tempat ni sangat lawa. Ada cubicles sebelum pintu masuk library yang menempatkan pieces from a great writers. Kami lalu je, tak baca pon. Hehe. Pastu masuk ke dalam library snap gambar sikit. Sebenarnya kat dalam library ni tak bole ambik gambar, tapi iolss tak perasan signboard tu sampai la dah habis snap. Mianhae.

Rasa macam kat rumah kan

Destinasi seterusnya Seoul City Hall yang berada bersebelahan je dengan Seoul Library. Design bangunan ni sangat unik dan interior designnya pon menarik. Kalau tengok dari luar nampak macam dongdaemun plaza, ada lekuk dan melengkung gitu. Acehh. Bangunan ni bertingkat, cuma tingkat bawah sahaja yang orang awam dibenarkan masuk. Tingkat atas rasanya pejabat, sebab nampak ramai white collar man yang turun naik bangunan ni. Huhu.

Lawa kan design dia

Taman dalam ofis

I Se♡ul U

Dah habis jelajah dua tempat ni, kami bergerak ke Doksugung palace. Tempat ni pon tak jauh dari dua tempat di atas. Cuma di seberang jalan Seoul City Hall je.

Kuningnyee daunnn

Tengah jalan nak ke Deoksugung palace ni, kami terlihat sesuatu yang sangat mengejutkan. Look, Gwanghwamun Gate is just behind you! Means that, Gyeongbukgung Palace is there. Ouh my.. Tak sangka pulak Gyeongbukgung Palace cuma kat kawasan ni. Kalau ikut itinerary,  kami akan lawat palace ni esok hari. Tapi bincang punya bincang, kami decide untuk round palace hari ni. Kami memang fleksibel. Ni la yang bestnya travel solo, semua ikut kesenangan kita. Haha. Sebelum tu tanya kat kaunter Deoksugung Palace ada tak bas nak ke Gwanghwamun gate tu. Memang la gate tu just behind us, tapi behind-behind tu pon nak sampai sana 20 minit jugak berjalan kaki. Mak aihh.. paling win bila agashi tu kata in English, tak ada bas ke sana. Tak pa jalan kaki, bole exercise. Lebih kurang macam tu. Woww.. orang korea memang sihat-sihat ye. Daebak.

Doeksugung Palace

Pagi ni memang ramai pelancong yang dah stand by kat depan Deoksugung gate. Dan kami pon sempat melihat acara kemasukan pengawal kat depan gate palace. Tiket masuk berharga 1,000 won seorang.
Kat sini, kita boleh pakai hanbok, baju tradisional orang korea secara percuma. Ni la jugak sebabnya kami datang awal pagi ke sini. Kalau ikut schedule, acara pemakaian hanbok bermula pukul 10 pagi. Tungu punya tunggu awat photo booth dia tak bukak lagi? Aigoo. Dah alang-alang nak pergi Gyeongbukgung palace nanti, nak tengok jugak exchange guard ceremony pukul 11 pagi nanti. Hati dah berbelah bagi. Jam pon bergerak tak berhenti. Lastly, kami give up tunggu hanbok dan terus pecut tengok ceremony.

Saya ambil gambar je,yang lain tak tau

Sungguh meriah sepanjang jalan ke Gwanghwamun gate. Kat padang berdepan dengan Seoul City Hall penuh dengan kanopi putih dan pentas. Ada konsert ke apa malam ni. Tepi-tepi jalan pulak penuh dengan lukisan, barang-barang (nampak macam jualan), khemah dan manila kad yang ada tulisan korea. Barang-barang, kertas semua beterbangan, aku suspek malam semalam angin kuat agaknya. Aku pelik jugak, ada pasar malam ke kat tengah-tengah bandaraya ni?.. huhu

Jalan depan sikit lagi, nampak kanopi putih lagi kiri dan kanan jalan. Kali ni maskot lembu, sayur kobis, tomato pulak yang berkeliaran. Haha. Meriah nohh. Laa..festival petani rupanya. Diorang buka booth untuk petani dan peladang jual dan promosi barang mereka. Best kan.

Omo omo... statue Admiral Yi Sun Shin! Uarghh..dari jauh dah nampak statue King Se Jong tersergam indah dek warnanya yang keemasan. Dari jauh dah nampak. Inilah yang dikatakan Gwanghwamun square. Dan di belakang King Se Jong pulak ada Gwanghwamun Gate. Woww. Dalam satu kawasan je dah boleh tengok banyak benda menarik. Tahu dah semua ni berdekatan, tapi tak sangka la pulak sedekat ini. Acehh.

Admiral Yi Sun-Shin

King Se Jong.....and me!

Kat Gwanghwamun gate sedang berlangsung acara pertukaran pengawal ataupon exchange guard ceremony. Dengan cuaca sejuk orang masih ramai setia menunggu di depan gate. Kami sempat merakam video acara ni. Lama jugak ye acara ni dalam 5 ke 10 minit gitu. Acara bermula dengan pukulan gong. Terjemahan dalam bahasa korea, jepun dan english boleh didengar dari pembesar suara yang menerangkan setiap pergerakan yang berlaku. Dan ini membantu para pelancong mempelajari sedikit sebanyak mengenai culture korea.

Entrance to Gyeongbukgung Palace
Jiran sebelah.Hai!

Tiket untuk masuk ke palace di jual secara berasingan. Kami cuma masuk ke Gyeongbukgung palace sahaja melalui Gwanghwamun gate. Harga tiket 6,000 won seorang. Tempat ni tersangat lah besar dan luas. Setahu aku, Gwanghwamun gate dan gate-gate lain adalah tinggalan sejarah dari zaman dahulu kala. Tempat ni di jaga dengan baik dan dijadikan tempat pelancongan. Macam kota A famosa la kan. Cuba bayangkan ya. Sebelah kawasan zaman Joseon, zaman orang naik kuda. Sebelah lagi zaman serba moden, zaman orang naik tren berkelajuan tinggi. Hebat bukan.

Waktu pon dah tengahari, kaki pon dah lenguh nak berjalan. Jadi kami pon cari la tempat berteduh untuk rehat kan kaki kejap. Kami duduk kat bawah satu pokok yang sangat besar dan rendang. Perut pulak dah krik kruk krak. Lapar beb. Dah banyak habis tenaga tadi. Kami pon keluarkan la roti garnier, kaya dan cheesdale. Memang ramai la kan orang lalu lalang. Tengah sedap melantak tu, lalu sekumpulan white collar man. Sengih-sengih pandang ke arah kitorang. Tak cukup tu dia snap pulak gambar ke arah kitorang. Ok, kami buat salah ke. Ke kami silap tempat nak berpiknik. Huhu. Malu pon ada jgak masa tu. Tapi lapar punya pasal. Biar malu, jangan lapar. Eh

Dah habis round palace, kami cadang nak pergi terus ke Bukchon Hanok Village dan makan tengahari merangkap malam kat Insadong. Tempat ni pon berdekatan, katanya. Tapi kami rasa tidak. Haha. Patah jugak kaki ni hah baru sampai. Sebab kami pon tak sure dia punya exact location, kami nak tanya local je terus. Tengah sibuk nak cari orang yang sesuai, bole pulak kena jerit oleh ajusshi. Mahu tak terkejut dan malu. Kenapa ek dia jerit?  Sebab kami lalu kat tempat sepatutnya kot. Tu yang dia marah tu. Huhu. Tapi agak-agak la, malu kot. Tak pa la, dia penat kot kena tegur ramai orang.
Pastu terjumpa sorang agashi ni, fluent speaking english. Dia pon terang la cara nak ke sana. Katanya susah sikit nak cari sebab banyak lorong-lorong kat sini. Keluar dari Gwanghwamun gate tadi, kitorang ambik kiri dan jalan straight. Sampai kat junction, terus je. Pastu nanti nampak lorong kecik kat sebelah kiri. Sepanjang jalan tu kami ada jumpa kedai yang buat servis hanbok. Nak pakai hanbok kena caj 10,000won tapi tak sure untuk berapa jam. Lepas tu kami ada lalu National Museum of Modern and Contemporary Art kat sebelah kiri jalan. Kami dah blur tak tahu nak ikut jalan mana and end up follows oppa yang aku agak diorang ni foreigner dari China.

National Museum of Modern and Contemporary Art
Then kami sampai kat satu kawasan yang jadi tumpuan orang dan banyak kafe kat kawasan ni. Waktu ni penat kaki tu tak tahu nak cakap macam mana dah. Kami ada jugak lalu satu jambatan ni sebelum sampai kat tourist guide centre. Kat centre ni guide tu boleh tahan ramah jugak. Banyak jugak dia tanya kitorang. Haha. Selain dari mamat korea yang tegur kitorang sambil cuit bahu kat Maseok station masa nak pegi Nami Island semalam, ni la orang korea kedua yang menegur kami. Haha. Mungkin certain korean tu nak jugak tegur foreigner, tapi disebabkan jurang bahasa tu yang buatnya sedikit rumit.

Tourist information counter

Tourist guide tu kata kami dah jalan bertentangan ke Bukchon Hanok Village. So kena patah balik. Yaa...patah balik uolss.. kalau nak tahu, Kawasan ni di kawasan berbukit macam uolss tengok kat dalam gambar atau drama. Kalau turun bukit tu sedap jugak. Masa naik bukit, beg galas yang tak da isi tu pon rasa berat sekilo. Huhu.


Kat Bukchon Hanok Village ni sebenarnya adalah kawasan perumahan. Sesetengah design rumah di kawasan ni masih mengekalkan reka bentuk rumah tradisional macam dalam historical drama. Sangat unik. Dan mungkin jugak pemiliknya membelanjakan duit yang sangat banyak untuk kos penyelenggaraan.
Tempat yang sempat kami lawat adalah Bukchon Traditional Craft Experience Centre. Mereka membuat praktikal yang berbeza setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan. Dan kita boleh belajar budaya dan kraf tangan korea secara berkumpulan dengan bantuan pengajar.

Sepatutnya kami akan makan tengahari di Itaewon hari ni. Tapi sebab dah tukar itinerary, so kami research tempat makan di Insadong. Antara review yang kami dapat adalah claypot sujebi restoran Wingspoon.

Laluan ke Wingspoon Restaurant

Interior Design Restaurant

Tengok dah pukul berapa baru nak lunch

Sampai pon!
Sujebi ni adalah mee sup korea. Dan mee nya di buat sendiri oleh tuan punya kedai. Tapi mee ni bukan macam mee biasa yang kita makan panjang dan kurus. Ia pendek dan lebar. Ada sujebi biasa dan sujebi pedas. Kami pilih hidangan biasa je. Harga semangkuk sujebi biasa 6,000 won. Mula-mula kami minta semangkuk je. Tapi ahjumma tu kata tak cukup. Kami pon order dua mangkuk, tapi tak dapat habiskan pon. Cukup sekadar isi perut.

Dah siap makan, kitorang pon terus ke Insadong street. Ramai ye orang kat sini. Banyak aksesori dan cenderamata yang kita boleh dapat kat sini. Pstt..tapi kalau nak borong cenderamata, boleh cari kat Dongdaemun market, Myeongdong atau pon Pyeong Hwa Clothing Market. Nanti saya cerita dengan details lagi di next entri.
Insadong street macam tempat-tempat tarikan lain jugak yang ada di Seoul. Penuh dengan orang ramai dan meriah. Ada deretan kedai sepanjang jalan yang menjual souvenirs. Dan ada juga street performance yang merancakkan lagi suasana.

Ramai orang petang-petang ni

Street performance lagu 'Dont Worry by LeeJuck'

Dari Insadong kami terus menaiki tren melalui subway untuk balik ke guesthouse. Perancangan kami malam ni adalah ke Cheonggyecheon Stream. Tempat ni tak jauh dari guesthouse kami. Cuma kena tau arah nak ke sana. So, moh la kito balik. Penat aihh!

Summary belanja Hari-3:

-Gimbap dan 2 botol susu pisang+stoberi = 3,800won
- Tiket entrance ke Doeksugung Palace = 1,000won/sorang
-Tiket entrance ke Gyeongbukgung Palace = 6,000won/ sorang
- Sujebi soup = 12,000won
-Aiskrim Magnum = 1,000won
- Tiket subway = 2,500won/sorang



Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea