Backpackers Day 4 at Seoul, South Korea

12 November 2016
Mak aihh semalam letih gile. Rancangan nak pegi Cheonggyeocheon Stream semalam terpaksa dilupakan. Haha.
Hari ni plan asalnya nak round palace. Semalam dah pegi, so hari ni pon ada sedikit perubahan pada itinerary.

Pagi ni kami bergerak seawal 8 pagi dari guesthouse. Masih ada tenaga ya. Seperti biasa, stesen subway masih dipenuhi orang ramai tak kira la orang tempatan mahupun pelancong. Kami sempat membeli segulung kimbap di tepi subway. Harga 1,000won segulung kalau tak silap. Murah kan. Memang kenyang la. Kalau beli kat mini market 800won untuk 1 triangle kimbap. Haha

Nak tanya peminat-peminat kpop/kdrama sekalian. Selalu tak buka channel astro 391 atau 392 untuk HD?????Yezzaaa! Jap lagi kami nak pegi melawat stesen televisyen KBS di Yeouido. Kan sekarang masih hangat drama top "Love in the Moonlight"...iollss minat sangat kat Lee Yeong tu. Harap-harap dapat jumpa walau sekejap. Haha. In your dream.

Arah ke Yeouido (=1,250won)
Dari Euljiro 3 sam-ga(line 3) --> turun di Jong-No 3 sam ga --> tukar line 3 ke line 5 (Gimpo Airport) dan turun di stesen Yeouido Exit 4.
Anggaran masa : 22 minit (sumber: kakao apps)

Welcome to Yeouido. Keluar je dari exit 4. Kami pon blur. Nak lalu mana? Tengok dalam map, KBS ada dua. Haa?? Nak p mana satu. Ada KBS n KBS Annex. Tanya kat sorang ajusshi ni. Dia kata dekat dah ni, cuma kena jalan sikit. Keluar je dari exit tadi, pandang ke kiri dan jalan straight dalam 5 minit. Nanti akan lalu kat bangunan Hp (yang sinonim dengan jenama printer tu). Mungkin disebabkan hari ni hari sabtu dan hari pon masih awal, kawasan ni sedikit lengang. Kalau hari-hari biasa rasanya mesti ramai white collar men berkeliaran.



Sampai kat simpang 4 yang amat luas, akan nampak signboard Yeouido Park. Kat sini, kami tak ambik banyak gambar pon sebab excited nak pegi KBS. Jalan straight je sampai penghujung Yeouido Park. Then kena melintas jalan. Dah sampai kat seberang jalan, ambik kiri then jalan straight lagi dalam 3 minit. Woww!! 



Akhirnya. Bangunan KBS ada di sebelah kanan kami. Benda pertama yang aku tengok dari jauh ialah gambar Lee Yeong! Haha. Dah puas bergambar dengan patung Lee Yeong dan Hong Ra On, kami pon berlegar-legar di lobi KBS. Dan kami tercari-cari benda highlight untuk salah satu program di KBS. Dapat teka?? Haa.. tangga dalam "2 Days 1 Night" tu laa. Tak lengkap rasanya datang ke KBS tanpa tangkap gambar. Kami pon memulakan tawaf sekeliling bangunan KBS.



Bangunan ni sangatlah besar dan luas. Dan sekiranya ada yang ingin menempah dewan untuk event seperti majlis perkahwinan, bole book dewan yang terdapat di stesen televisyen ni. Tengok ramai orang yang berpakaian segak dan menawan, ingatkan ada program tv besar-besaran. Rupanya tidak. Mereka yang ramai ni nak pegi kenduri kawen rupanya. Haha.


Dah penat cari "tangga 2Days 1Night", kitorang melencong ke gallery terbuka KBS. Rupanya kat sini ada "live radio". Masa sampai tadi, ada jugak terdengar tapi tak ambik peduli sangat. Mana tau artis yang jadi dj radio hari tu. Haha.


Gallery ni dibuka setiap hari 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan tutup pada hari tertentu (sila check ye!). Masuk je dalam gallery ni, terpampang muka sorang-sorang artis. Kat skrin pula suntingan drama "Love in the Moonlight". ♡♡♡ Kemudian kami naik ke tingkat atas sekali. Di sepanjang jalan dihiasi dengan poster drama, variety show, kartoon yang telah dihasilkan oleh KBS. Di ruangan berita dan radio, kami berpeluang untuk mengendalikan rancangan sendiri. Cewah! Ambik feel gitu. Haha. Peralatan penggambaraan turut diletakkan sebagai display. Selain tu, ada juga tayangan 3D yang disediakan. Memang sesuai untuk semua peringkat umur. Masa kami pegi ada sekumpulan kanak-kanak buat lawatan sambil belajar kat sini. Seronok tengok diorang. Cikgu dia pulak semangat explen setiap details yang ada. Zaman akak dulu sampai la sekarang tak pernah lagi masuk stesen tv. Haha.




Dan habis pusing gallery, kitorang pon keluar nak cari "tangga" pulak. Sampai kat tempat kami mula-mula sampai tadi. Rasa macam ni je. Tapi awat kat tv nampak "tangga" ni tinggi semacam je. Dah habis sembang, masing-masing sepakat kata ni la tangga yang kami cari tu. Haha. Suka hati kitorang je. Maka bermulalah sesi fotografi.


Rasa berat pulak nak tinggalkan KBS, lagi-lagi tak jumpa pon sorang artis. Haha. Never mind. Then kami pon terus ke destinasi seterusnya, Yeouido Hangang Park. Dari KBS, ambik kiri dan jalan straight je. Kat sebelah kanan boleh menikmati Yeouido Park. Hari ni tak ramai sangat orang, mungkin sebab dah tengahari. 


Uuuu...kat penghujung Yeouido Park dan nampak hangang river. Yahooo! 



Sengih kemain lagi. Kami cari entrance yang dekat dengan Yeouinaru Station, sebab nak balik nanti mudah. Kelihatan gerai-gerai kecil menjual makanan di tepi jalan. Ada juga yang buat sewa basikal dan
Mak aihh...duduk kat tepi Hangang River. Rasa macam tak percaya dah sampai Korea. Haha. 


Hari pon dah tengahari, so kitorang pon makan gimbap roll tadi, tteokbokki n minuman bergas (botol kaler hijau, x ingat nama apa). Kat sini nampak ramai orang beriadah dan luangkan masa bersama Famili, kawan-kawan, pasangan. Tempat yang sesuai untuk melapangkan fikiran. Cewahh. Ni kalo kat Malaysia, keluar waktu-waktu begini memang masak la. Kami ada kat sana dalam pukul 12 hingga 1 petang. Dari jauh dah nampak 63 building. Ada letak dalam itinerary, tapi selepas proses timbang menimbang, kami skip tempat ni.

Seterusnya kami bergerak ke National Museum of Korea. Tempat ni jalan sehala ke Itaewon dan free entrance. So kami decide untuk tour tempat ni. At least kena masuk satu museum Korea. Hehe.
Aku pon tak da memory macam mana kami bole sampai kat sini. Haha. So aku bagi laluan ikut apps la ye.

Arah ke National Museum of Korea (=1,250won)
Yeouinaru station(line 5) --> turun Gongdeok station -->transfer to line 6 Gongdeok --> turun Noksapyeong station (keluar pintu kiri)
Anggaran masa : 13minit (sumber Kakao Apps)



Jam dah lebih kurang pukul 2.30 petang. Pergi la ceruk mana pon mesti ramai orang. Hehe. Ok. Cerita pasal muzium ni. Dah nama muzium, mesti ada kaitan dengan sejarah. Kat muzium ni ada sejarah bagaimana pembentukan geologi negara Korea selatan, sejarah kewujudan bermula dari zaman Silla(kalo tak silap) sampai lah Korea Selatan yang kita kenali sekarang, sistem tulisan, mata wang, peralatan zaman kuno dan sebagainya. Setiap satu dipecahkan kepada satu-satu bahagian. Dan semestinya, tempat ini sangat penting kepada pelajar terutamanya, mula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa. Haha. Tempat ni tersangat la luas dan elegan. Terdapat juga National Hangeul Museum dan berdekatan kawasan ni.


Pusing-pusing muzium, jam dah pon pukul 4 lebih. So, kitorang decide untuk terus ke Itaewon, a must place to visit. Yeay! Tapi. Kaki dah lenguh habis. Sebab ingatkan nak berjalan kaki je ke Itaewon, ada satu stesen je pon. Mengenangkan kaki yang sudah cukup menderita, kami korbankan jugaklah 1,250won demi mu si kaki!



Sampai di Itaewon station, kami keluar melalui exit 2. Woww...itaewoonnn! Meriahnya kat sini. So plan kami ke sini adalah untuk bersolat di Itaewon Mosque (memandangkan dah nak masuk waktu maghrib masa kami sampai sana) dan cari makan malam. Kawasan Itaewon ni pon berbukit jugak. Macam kat dalam drama, macam tu la. Jenuh jugak nak daki. Lutut dah longgar, hari pon dah nak malam, masjid tak jumpa lagi. Last tu terjumpa dengam sorang makcik dan anaknya. Tanya kat dia mana masjid. Kebetulan suami dia pon nak pegi masjid. Syukurrr sebab tak yah daki bukit dah. Merasa jugak duduk kereta mewah stereng belah kiri. Hehe. Sambil tu sembang dengan pakcik ni. Dia kerja kat syarikat permotoran dah setahun duduk Korea. Tinggal kat Gangnam(ehem). Anak istri dia pulak baru sampai semalam datang bercuti. Bestnyaa.. Respek dengan pakcik ni! Tu je la sempat sembang. Hehe.

Akhirnya sampai masjid Itaewon. Belum sempat nak explore, terjumpa dengan geng "kimchi". Haha. Kami berenam. Alkisahnya diorang ni pon tinggal kat hostel sama dengan kami. Tu yang wujud geng ni. Kami tak kenal pon awal tu. Dah habis sembang dan siap solat, kitorang bergerak untuk event seterusnya. Kebetulan plan kami pon sama iaitu cari tempat untuk makan malam.

Untuk makanan, di kawasan Itaewon ni kita tak perlu risau kerana mudah untuk kita  mencari makanan halal di kawasan ni. Eid Restaurant adalah antara restoran halal yang digemari oleh pelancong beragama Islam.


Perjalanan dari masjid ke restoran ini tidak begitu jauh. Selepas berjalan kaki hampir 10 minit, kami pon sampai ke destinasi. Kedai yang cantik dengan papan tanda berkain merah. Ruangnya sedikit terhad namun kelihatan mewah. Masuk sahaja ke dalam restoran, kami disapa oleh warga Malaysia. Cik akak ni rasanya belajar di Seoul ni dan bekerja sambilan di sini. Agaknya lah. Sebab kebiasaanya ramai yang memilih untuk menyambung pengajian di Korea selatan. Owner kedai pon dah mahir berbahasa melayu atas didikan pekerjanya. Hihi.




Akak dan edy kawan akak order Samgyetang atau Sup Ayam Ginseng. Dan kawan yang 4 orang lagi order Samgyetang dan ayam masak kicap rasanya. Lupa den. Haha. Untuk Samgyetang 1 hidangan 12,000won termasuk side dish, sup miso dan nasi. Sedap dan kenyang akak. Haha. 

Tengah-tengah sedap melantak, masuk satu keluarga. Dan kebetulan itu keluarga pacik yang tolong kami ke masjid tadi. Cantik sungguh aturan Allah. Dan kami pon sekadar melemparkan senyuman dan sambung makan balik. Dah siap makan, kitorang pon siap-siap untuk ke destinasi seterusnya. Bila travel ni, kami cuba untuk menyusun perjalanan sebaiknya dan bergerak sepantasnya walau kakj dah nak tercabut berjalan seharian. Ni tidak lain tidak bukan adalah untuk menjelajah sebanyak tempat yang mungkin. Rugi oo dah datang jauh-jauh duduk bilik je. Huhu.

Dan habis makan dan bersalaman dengan keluarga pakcik yang tolong kami tadi, kami pon bergerak ke stesen subway. Semoga pakcik sekeluarga diberkati dan dilindungi Allah. Aaminnn.. 

Dalam perjalanan kami singgah sebentar di satu kedai India ke pakistan aku tak sure untuk beli stok makanan. Beli maggie je pon. Haha. Aku rasa pakcik ni memang dah fasih bahasa korea. Mungkin tahap bole sembang dengan ahjumma sebelah rumah. Hehe. Gurau. Tengah tunggu geng kimchi, ternampak akak sorang ni. Dia pon beli stok makanan rasanya. Dan mulalah sembang2 kosong. Surprisingly akak ni asal Sabah, orang kampung akak tuu..hehe. Umur dah 30 tahun. Sebelum ni kerja manager. Akak ni sangat amazing. Nak tahu apa tu traveller, dia la contoh traveller tegar. Dia dan 4 orang kawannya dah tinggal hampir sebulan kat korea dan kerja part time kat satu kilang jauh dari Seoul. Hari ni diorang cuti dan nak jalan kat area ni. Akak ni kata, sebelum ni dia travel ke Australia, kerja kat sana then duit yang dia dapat, dia guna kat Korea ni. Then begitu la seterusnya. Katanya lepas ni nak balik Malaysia dulu then planning untuk destinasi seterusnya. Dia pilih Jepun untuk destinasi terakhirnya, kerja dan menetap di sana. Wooww..daebak! Tak sangka berani sungguh dia. Apa pon, good luck kak. Teringin juga, tapi situasi tak mengizikan. 

Dah sampai kat subway kitorang pon plan untuk ke destinasi seterusnya. Kami plan untuk ke Namsan Tower lepas ni. Tapi geng kimch sarankan kitorang pegi waktu petang nak ke senja sebab bole tangkap gambar lawa-lawa. Memang nak pon. Tapi keadaan tak mengizikan. Kami dah xda slot kalo tak pergi hari ni. So terpaksa la menolak cadangan geng kimchi. Kitorang terpisah di subway sebab jalan yang berbeza. Anneyong haseyo jumpa lagi :) 

Arah ke Namsan Tower(=1,250won)
Itawon station(line 6)--> Samgakji Station (turun dan tukar ke line 4)--> turun kat Myeongdong station
Anggaran masa: 16minit (sumber: Kakao Apps) 

Kami berjalan kaki dari Myeongdong Station ke Namsan Tour. Sebab masih tak familiar dengan jalan kitorang pon ikut kata hati je. Sepanjang perjalanan kami ke Namsan Tower, kami ada melalui jalan Sogong-ro-3-gil dan Shinsigae. Shinsigae ni macam shopping mall dan muka G-Dragon Big Bang terpampang sebesar-besarnya kat luar bangunan tu. Siap letak bling-bling lagi. Mak aihh. Berapa banyak la oppa ni dibayar untuk letak muka dia kat atas tu. Huhu.




Ok. Dah jalan jauh sikit akn nampak jalan yang agak besar. Laluan seperti tol kat Malaysia. Hah. Seberang tu la arah nak ke cable car. Jalan kaki naik bukit sikit pastu akan jumpa Namsan Ormi Elevator. Yang ni free tak kena bayar. Hehe. Dan selesai naik elevator, masa untuk beli tiket cable car. Harga tiket 17,000won untuk tiket pulang balik. So, tiket make sure tak hilang ya. Dah siap beli tiket, kitorang pon mula naik tangga untuk ke laluan cable car. Mak aihh! Terkejut ceq. Barisan cable car tak nak panjang pulak kan. Beratur sampai ke tangga. Memang ramai gilerr orang. Bukan je penuh dengan pelancong asing, malah orang tempatan pon beratur sama naik Namsan tower. Biasalah malam-malam ni la baru nak lepak kan. 




Tunggu punya tunggu, dalam setengah jam gitu sampailah giliran kitorang. Excited naik cable car macam tak pernah naik. Haha. Excited nak tengok Namsan sebenarnya. Dan akhirnya sampai la kami kat Namsan ni. Malam-malam buta ni lampu neon la yang menarik perhatian. Dari atas ni dapat tengok suku daripada Seoul. Cewah. 






Dah puas tinggalkan jejak kat Namsan Tower ni, kitorang pon decide untuk balik. Jam pon dah menunjukkan pukul 11 lebih, mata pon dah kuyu. Bye Namsan. See you when we see you. Harap dapat datang lagi. Sob sob. 


Balik ni kitorang decide untuk jalan kaki lagi. Sebab rasanya guesthouse kami memang tak jauh dari sini. Berkat kesungguhan dan keyakinan, setelah berjalan kaki agak lama, kitorang pon sampai kat farmasi yang tolong kami 1st day kat Korea. Dari situ, kitorang boleh berjalan dengan yakin ke guesthouse. The end untuk hari ke-4 kami di Korea ni. Fuh.

Summary Belanja Hari-4

Kimbap roll = 1,000won
Subway ke Yeouido = 1,250won
Tteobboki + air bergas = 2,500won(anggaran)
Subway ke museum = 1,250won
Subway ke Itaewon = 1,250won 
Samgyetang @Eid Restaurant = 12,000won 
Megi = 800won
Subway ke Namsan = 1,250won
Tiket cable car = 17,000won

Amazing kan.

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea