Posts

Jeju Journey - Day 5

Image
Hari yang indah, hari terakhir di Pulau Jeju ! Hari ni adalah hari terakhir kami di sini. Kami bersiap awal pagi ini untuk berjalan-jalan santai di sekitar hotel dengan masa yang ada. Hotel tempat menginap kami menyediakan sarapan pagi, dari 7 pagi sehingga 10 pagi. Banyak pilihan makanan yang disediakan. Waktu ini masih belum ramai orang yang turun bersarapan. Review: Bilik yang kami tempah adalah bilik private dilengkapi dengan tandas. Bilik sangat luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Ia juga sangat bersih dan moden. Harga bilik adalah berpatutan dengan kondisi dan ia berada di kawasan strategik.  Seusai sarapan, kami pun keluar sekitar 8.30 pagi. Memang masih awal sebab kedai- kedai banyak yang belum buka.  Kami juga kembali ke Jungang Underground shopping market untuk membeli sedikit buah tangan dan berjalan-jalan lagi di sekitar Jeju city. Banyak pilihan buah tangan di sini. ...

Jeju Journey - Day 4

Image
Bye byee Seogwipo! Hari yang indah, hari ke - 4 di Pulau Jeju. Kami bangun seawal pagi untuk berkemas dan memasak sarapan pagi. Kkodak-kkodak guesthouse menyediakan pantri, kemudahan dan kelengkapan untuk memasak. Terdapat juga mesin basuh jika ingin mendobi. Di Jeju agak sukar untuk mencari makanan halal. Alternatifnya kita kena masak makanan sendiri. Selesai berkemas dan bersarapan, kami pun daftar keluar dari rumah tumpangan. Seperti orang lain, kami juga berusaha untuk menjaga nama baik negara apabila berada di tempat orang. Dan benda yang paling senang adalah kemas dan bersihkan bilik sebaiknya sebelum tinggalkan rumah tumpangan. Ini dapat memberi imej yang baik kepada kita, di samping memberi kemudahan kepada mereka yang senegara bila berkunjung ke sini. Mudah kan. Terima kasih kepada Miss X (tak ingat nama, maaf) sebab bagi pinjam adaptor. Servis yang baik. Kami meninggalkan Kkodak-kkodak guesthouse yang terkenal di kalangan...

Jeju Journey - Day 3

Image
Hari yang indah, hari ke-3 di Jeju. Seusai bersarapan, kami pun bergerak meninggalkan tempat penginapan untuk  ke destinasi seterusnya. Jadual pada hari ini adalah menjejaki tempat tarikan di kawasan sekitar ini. 1. Cheonjeyeon Waterfall - Cheonjeyeon Waterfall tidak jauh daripada rumah tumpangan kami, lebih kurang 5 ke 10 minit pemanduan.  Saeyongyo Bridge kelihatan dari kejauhan. Percuma tempat parkir manakala yuran kemasukan sebanyak 2,000won. Tempat yang sesuai untuk beriadah kerana kawasannya yang rata dan lapang. 2. Jeongbang Waterfall - Yuran kemasukan adalah 2,000won dan percuma tempat parkir. Air terjun sangat unik kerana ia adalah satu-satunya di Asia, air terjun yang bersambung terus ke lautan. Sangat mengujakan. Dari kawasan parkir, kami menuruni anak tangga untuk sampai ke bawah. Kawasan laluan yang luas dengan pohon yang melindungi daripada panas matahari. Budaya Korea agak kuat pengaruhnya sehingga...