Jeju Journey - Day 5


Hari yang indah, hari terakhir di Pulau Jeju !

Hari ni adalah hari terakhir kami di sini. Kami bersiap awal pagi ini untuk berjalan-jalan santai di sekitar hotel dengan masa yang ada.

Hotel tempat menginap kami menyediakan sarapan pagi, dari 7 pagi sehingga 10 pagi. Banyak pilihan makanan yang disediakan. Waktu ini masih belum ramai orang yang turun bersarapan.
Review: Bilik yang kami tempah adalah bilik private dilengkapi dengan tandas. Bilik sangat luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Ia juga sangat bersih dan moden. Harga bilik adalah berpatutan dengan kondisi dan ia berada di kawasan strategik. 

Seusai sarapan, kami pun keluar sekitar 8.30 pagi. Memang masih awal sebab kedai- kedai banyak yang belum buka. 





Kami juga kembali ke Jungang Underground shopping market untuk membeli sedikit buah tangan dan berjalan-jalan lagi di sekitar Jeju city. Banyak pilihan buah tangan di sini. Kedai-kedai mulai buka dan beroperasi pada pukul 10 pagi



Sekitar pukul 11.30 pagi, kami pulang semula ke hotel untuk mengambil beg dan daftar keluar hotel.


Kami menaiki bas awam ke lapangan terbang. Agak jauh jugak kami berjalan dari hotel ke stesen bas kerana bas ke lapangan terbang tidak melalui kawasan hotel kami.


Sampai di airport kami terus ke kaunter penerbangan. Alhamdulillah segala urusan lancar.

Kami meninggalkan Pulau Jeju dengan perasaan yang gembira dan puas, dan berharap akan datang lagi ke sini. Jeju sememangnya tempat yang layak diiktiraf sebagai UNESCO heritage.

Selesai pengembaraan kami kawan baik sejak zaman universiti di pulau romantik Pulau Jeju. Insyaallah, more to come ♡

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea