Jeju Journey - Day 4


Bye byee Seogwipo!

Hari yang indah, hari ke - 4 di Pulau Jeju.
Kami bangun seawal pagi untuk berkemas dan memasak sarapan pagi. Kkodak-kkodak guesthouse menyediakan pantri, kemudahan dan kelengkapan untuk memasak. Terdapat juga mesin basuh jika ingin mendobi.



Di Jeju agak sukar untuk mencari makanan halal. Alternatifnya kita kena masak makanan sendiri.

Selesai berkemas dan bersarapan, kami pun daftar keluar dari rumah tumpangan. Seperti orang lain, kami juga berusaha untuk menjaga nama baik negara apabila berada di tempat orang. Dan benda yang paling senang adalah kemas dan bersihkan bilik sebaiknya sebelum tinggalkan rumah tumpangan. Ini dapat memberi imej yang baik kepada kita, di samping memberi kemudahan kepada mereka yang senegara bila berkunjung ke sini. Mudah kan. Terima kasih kepada Miss X (tak ingat nama, maaf) sebab bagi pinjam adaptor. Servis yang baik.

Kami meninggalkan Kkodak-kkodak guesthouse yang terkenal di kalangan pelancong Malaysia sekitar pukul 8 pagi dan bergerak ke destinasi seterusnya.



1. Mount Hallasan National Park

- Perjalanan ke pergununungan Hallasan sedikit jauh dan berliku. Berhati-hati sepanjang pemanduan dan ikutlah tetapan kelajuan.


Pokok-pokok yang tinggi dan menghijau mengiringi perjalanan kami sepanjang ke gunung Hallasan. Jalan raya tidak banyak kenderaan dan perjalanan lancar.

Gunung Tertinggi di Korea Selatan


Kami tiba di Mount Hallasan National Park sekitar pukul 9 ke 10 pagi. Di sini kami hanya berjalan di sekitar kaki gunung kerana kami tidak mempunyai perancangan untuk mendaki.



Melihat dari papan sahaja kelihatan sangat cantik pergunungan hallasan ini. Pendakian selama 6 jam sejauh 6.8km diperuntukkan untuk ke puncak. Insyaallah moga diberi rezeki untuk datang mendaki di masa hadapan.

Sungguh misteri....

2. Mysterious Road

- Mysterious road yang banyak misterinya. Sebelum mengembara, ada terbaca tentang misterinya tempat ini, kawasan yang melawan graviti. Bagaimana begitu? Saya pun tidak dapat berkongsi perasaan ini, mungkin di entri seterusnya.


Alkisahnya kami ingin ke Mysterious Road ini dan memasukkan no. gps yang berkenaan. Apabila tiba di dua simpang, papan tanda ke Mysterious road di sebelah kanan namun kami mengambil jalan sebelah kiri mengikut gps dan naluri. Kami sempat singgah di tepi jalan yang dipenuhi bunga-bunga sebelum meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, kawasan hutan yang tadinya dipenuhi pokok-pokok, mula kelihatan bangunan-bangunan konkrit di kiri dan kanan.

Kami masih yakin dan tetap mengikut gps tersebut, sehingga la kami tiba betul-betul di kawasan tengah bandar. Gps juga memberi isyarat bahawa kami telah tiba di destinasi namun hanyalah kedai yang kelihatan. Kami meronda dua pusingan dan akhirnya redha kami telah terlepas tempat itu. Sehingga kini no.gps dan Mysterious road itu masih menjadi misteri kepada kami. 

(Agaknya no.gps mysterious road kena update lagi)


Boleh google tentang misteri di Mysterious Road ini untuk lebih terperinci.

Hi JEJU CITY!












3. Champion Hotel

- Kami tiba agak awal di Jeju city. Kami telah membuat tempahan bilik di Champion hotel untuk malam itu. Oleh kerana kami perlu mengembalikan kereta pada petang ini, kami meminta untuk dibolehkan daftar masuk ke hotel. Alhamdullillah pihak hotel bersetuju dan kebetulan bilik telah sedia. Bilik sangat luas dan bersih lengkap dengan kemudahan. Sangat berbaloi dengan harganya dan tersedia jugak sarapan pagi.




Seusai memindahkan barang-barang, kami pun meninggalkan hotel untuk ke destinasi seterusnya. Masa sebelum mengembalikan kereta masih ada dan kami merancang untuk singgah di Yongduam Rock yang sehala ke AJ car rental.


4. Yongduam rock

- Yongduam rock yang juga dikenali sebagai Dragon Head Rock kerana terdapatnya monumen batu di tepi laut yang berbentuk seperti kepala naga. Banyak kisah tentang kawasan ini.



Tiada yuran masuk, hanya tempat parkir bermula dari 500won mengikut saiz kenderaan.

Terdapat juga statue mermaid di sini.


5. Ilho Beach / Jeju port Terminal

- Kami sempat singgah di Jeju Port terminal dan kelihatan banyak kapal-kapal yang tersadai di jeti ini. Panorama kelihatan seperti di Mexico gitu(gurau). Kami jugak menikmati makanan lewat tengahari kami di sini. Selesai makan kami pun bergerak ke AJ Car Rental centre untuk memulangkan kereta.







Sebelum memulangkan kereta, kami mengisi minyak terlebih dahulu, mengikut meter mula-mula kami mengambil kereta di awal dulu. Ini adalah peraturannya. Begitu juga masa pengembalian kenderaan. Kami memulangkan kenderaan seawal yang mungkin untuk mengelakkan dari dikenakan penalti dan jugak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selesai urusan pengembalikan kereta, kami menaiki shuttle bas yang disediakan oleh pihak AJ Car rental, dari centre ke airport.
Sesampai di airport, kami bertanya kepada staff airport bas yang perlu kami naiki untuk ke Jungang Underground Market. 

Explore like a local!




Kami menaiki bas awam 1,300won seorang. Dari Jungang Market, kami berjalan di sekitar Jeju City sehingga ke Jeju Harbour.

6. Jeju Harbour / Dongmun Fish Market

- Kami melepak di Jeju Harbour pada petang senja itu. Ketika ini terdapat summer festival di sini. Kami menikmati petang senja dengan dendangan lagu dari tapak festival.





Keindahan petang ditambah dengan kelibat kapal terbang yang keluar masuk ke perkarangan jeju dari Jeju Harbour ini. Betapa sibuknya Lapangan terbang Jeju waktu itu kerana selang beberapa minit pasti ada kapal terbang yang mendarat.




Matahari hampir berlabuh dan pada malam hari summer festival dihidupkan dengan kehadiran pelbagai gerai yang menjual hasil karya dari peminat seni dan konsert malam. Kami menunggu sehingga bermulanya konsert dan menyaksikan beberapa persembahan dari artis korea. Festival sebegini sememang nya tidak asing bagi warga tempatan.




7. Jeju Dongmun Fish Market


Kami kemudiannya bergerak ke Jeju Dongmun Fish market. Kami bukan nak pergi beli makanan laut ye. Di sini terdapat "night market" dan ramai peniaga yang berjualan makanan.






Bagi orang muslim, tidak banyak pilihan makanan di sini. Makanan kami malam ni ialah fish and chips, dan semestinya minuman hallabong. Night market ini tidak begitu luas namun tetap ramai pengungjungnya. Dan kedai fish and chips antara barisan yang paling ramai orang beratur.

Selesai makan, kami pun bergerak balik ke hotel. Kami hanya berjalan kaki balik ke hotel berpandukan peta dan naluri. Alhamdulillah hotel kami mudah di cari meski berjalan kaki dan kami berjaya tanpa banyak rintangan.



Banyak kedai yang telah tutup dalam perjalanan balik, dan tidak ramai orang di jalan berbanding kawasan tertumpu.

Oleh itu, selesai itinerary untul hari ke-4 di Pulau Jeju ♡ Happy reading.

Still young. Travel to learn.

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea