Backpackers Day 8 at Seoul, South Korea

16 November 2016 Sob sob sob. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Flight kami ke Malaysia pada pukul 4 petang ni. Aisehh. Memandangkan flight petang, so kitorang sangat santai pagi ni. Kitorang plan pukul 12 atau 1 petang dah ada kat Incheon Airport. Pagi ni aktiviti mengemas barang dan menghabiskan segala makanan. Pagi-pagi dah buat parti maggi dan roti gardenia. Haha. Memandangkan kita ni tetamu di tempat orang, so kena lah jaga adab. Tempat tidur, toilet, sampah semua dibersihkan sebelum ditinggalkan. Hampir pukul 10.30 pagi kitorang meninggalkan bilik pertapaan kami di Korea ni. Sebelum balik sempat lagi snap gambar di kaunter guesthouse. Seperti biasa, staf tak ada di kaunter. Kitorang sempat menulis surat 'cinta' kepada owner guesthouse Mr. JJ. Kitorang bagi Mr. JJ hadiah sambal bilis tin kot-kot dia nak fefeling bercuti di Malaysia. Kihkihh. Dah say goodbye kat orang korea semua ( cewahh), kitorang pon bergerak ke Incheon Intern...