Inspirasi dari Drama

Sesorang itu bila rasa down atau murung pastinya memerlukan sesuatu untuk menaikkan kembali semangatnya. Dan pelbagai alternatif yang boleh digunakan untuk membentuk semula keyakinan diri.
.
Di sini saya ingin berkongsi tentang sisi positif industri hiburan Jepun. Pasti ramai di kalangan anda yang kenal mahupun melayan drama Jepun. Banyak kisah-kisah fiksyen dan bukan fiksyen yang ditayangkan. Dan salah satunya adalah drama bersiri 10 episod, "Miss Pilot" lakonan Maki Horikita.
.
Begitu banyak drama inspirasi Jepun yang diterbitkan. Dan mesej dari kisah-kisah ini benar-benar sampai kepada penonton. Drama sebegini begitu sesuai ditayangkan dan ditonton terutama kepada golongan remaja dan awal 20-an yang sememangnya masih 'mentah' dalam urusan kehidupan. Drama sebegini boleh memberi inspirasi dan bayangan kepada golongan muda untuk membina masa depan mereka. Tidak lupa juga kepada mereka yang masih terkapai-kapai dalam mencari jalan hidup kerana drama sebegini sebenarnya memberi harapan dan keyakinan kepada mereka untuk terus bergerak ke hadapan.
.
Tulisan ini ditulis setelah menonton drama bersiri ini dan sedikit sebanyak bersangkutan dengan kisah hidup sendiri. Jika kita ingin menenangkan tekanan hidup dengan hiburan, elok lah kiranya kita melayan drama inspirasi sebegini daripada drama cinta yang bukan-bukan.
.
Sekadar tulisan.



Ihsan google



Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea