Backpackers Day 6 at Seoul, Korea

14 November 2016
Annyeonghaseyo ♡
Rasa tak vibe kitorang hari ni?? Yohooo..cuba teka kitorang nak pegi mana??

Arah ke Gangnam
Untuk mudah(=1,350won): Dari Euljiro 3(sam) ga station --> turun di Gangnam Station (19 stesen
Anggaran masa: 36minit (sumber dari Kakao Apps)

Nak cepat(=2,250won): Dari Euljiro 3(sam) ga --> turun di Seoul National university --> tukar ke Line 2 dan turun di Gangnam Station
Anggaran masa: 28minit( sumber dari Kakao Apps)

So rancang perjalanan korang ;)

Dari Gangnam Station, keluar melalui exit 10. Jalan sikit dalam 200meter, sorang ajusshi approach kami, tanya nak p Everland ke. Then dia tunjuk stesen bas untuk menunggu.

Yezza!!! Hari ni nak p jauh sikit. Everland, here we come~~

Kami sampai kat Gangnam pukul 9.30 pagi. Kami memang dah target nak naik bas pukul 10.00 pagi. Kitorang tunggu bas no. 5002 kat Sinnonhyeon Station. Ada ramai orang dan jangan risau sebab pasti ada yang akan guide kita macam ahjusshi tadi. Hehe.




Everland Shuttle Bas sampai dalam pukul 9.40 pagi. Perjalanan ke Yong-in mengambil masa dalam 45 ke 50 minit. Tunjuk baucer KTO so kita foreigner dapat diskaun tiket pulang balik, cuma 10,000 won sahaja. Tiket pulang balik maksudnya seoul-everland-seoul.


Kami sampai di Everland pukul 10.40 pagi. Tapi bukan kat entrance park ye. Ni ala-ala stesen bas la ye. Kena tunggu pulak bas untuk bawak kami pegi entrance. Xjauh pon dalam 5 minit dah sampai kat entrnace everland. Mak aihhh.. ramai gile orang. Dah sampai entrance masuk je kat mana-mana kaunter. Jangan lupa ye bagi duit sekali dengan baucer KTO. Kalo tak nanti kena bayar harga biasa 48,000won. Harga selepas diskaun ialah 36,000won.


Memang luas kawasan theme park ni. Nak main je pon, tu pon kena plan dulu. Haha. Sebab ada pelbagai jenis mainan kat sini, kawasan luas dan berbukit pulak tu. Tak ke penat nak berulang-alik. So planning is a must!


Kami sampai awal sangat sebab tak banyak game yang buka lagi. Sebab perasaan yang berkobar-kobar ni, kitorang nak try game ekstrem. Roller coaster. Oh yeaa~~ pernah tengok running man tak. Haa...yang tu laa.. menggigil jugak la, tu tak naik lagi. Kebetulan hujan renyai-renyai pulak. Perasaan bercampur-baur. Kalau hujan ok jugak, game tak buka sebab rel basah. Tapi rasa rugi jugak la. Dah la datang jauh tak try pulak. Huhu. Ok sebab game tak buka lagi so kitorang pon explore tempat ni. Theme park ni memang luas, tambah pulak keadaan geografi yang berbukit. Memang berfikir nak ulang-alik satu kawasan. Huhu.
So sebelum naik roller coaster kita panaskan badan dulu. Masuk simulator roller coaster. Duduk kat kerusi then pakai 3D google. Feel naik roller coaster tu memang ada. Audio dan visual serta pergerakan dari kerusi tu buat kita rasa macam naik yang betul siap boleh jerit lagi. Aku rasa kru tu mesti gelak je tengok kitorang jerit. Kih kih kih

Tengok memang ramai dah orang yang berbaris untuk masuk roller coaster a.k.a T-ekspress ni. Kebanyakan yang que ni adalah pasangan dan remaja. Sememangnya T-ekspress diminati semua lapisan masyarakat.

Hampir pukul 1 dan pintu pon dibuka. Que memang sangat panjang. Mujur la kami beratur awal. Sebenarnya bole nak booking que, maksudnya kita decide nak naik pukul berapa then kru akan reserved untuk kita.


Tengah berbaris tu, perasan jugak la yang trek roller coaster ni di buat dari kayu. Yaaa...kayu uollss. Korang faham tak perasaan aku masa tu. Rasa nak patah balik je. Huhu. Setelah berbaris agak lama, maka tiba la giliran kami. Beg semua kena letak kat loker semua. Yang pakai spectacles tu better buka kang ada yang terbang. Kamera semua memang tak dibenarkan. Kau cuma perlu naik dan menikmati ride tu. Oh yeah~
Perjalanan yang ku kira tidak sampai pon 5 minit begitu lama ku rasakan. Tapi serius cakap beb. Sebelum naik memang ko menggigil tahap cipan, tapi lepas dah naik tak henti-henti ko akan sembang pasal tu. Haha. Mujur la tak muntah ke apa.


Banyak lagi permainan yang ada dan korang patut try semua. Double rock spin, pirate ship, amazon xpress, zoo dan banyak lagi. Ada juga ride yang tak dibuka disebabkan faktor cuaca dan kerja-kerja pembaikan. Dan sebolehnya bawa sepasang baju tambahan. Incase korang nak try aktiviti air, memang kena bawak baju lebih.
Amazon xpress ni kitorang naik pada waktu malam. Mujur la diorang bagi alas supaya baju tak basah. Memang syok.

Untuk makanan, kitorang makan fast food, Shrimp burger dan makanan yang kitorang bawak sendiri. Halal dan memang sedap. Jjangg!


Kat sini terkenal dengan Four seasons garden. Waktu ni diorang dah prepare untuk winter dan hiasan menyambut hari Christmas yang bakal tiba. Taman ni bertambah cantik waktu malam dengan lampu neon yang menghiasinya.




Kitorang tinggalkan Everland lebih kurang pukul 8 malam. Tak dapat tunggu lama sebab ada lagi tempat yang kami nak singgah. Anneyonghaegasaeyo Everland !


Alkisahnya aku 'kehilangan' kad T-money betul-betul waktu nak naik bas untuk balik ke Seoul. Aku cari dalam beg dan baju tapi still tak jumpa. Memang pakcik bas tak dapat nak tunggu la kan. So bas pon tinggalkan kami. Huhu. Sedih, marah, risau semua bercampur aduk. Aku cari sekali lagi dan nyata kad tu elok ada kat dalam poket seluar. Tapi siyesly aku dah seluk berkali-kali tadi memang tiada. Huhu. Mungkin ada hikmahnya semua ni. So kami pon tunggu bas lain. C eddy dah buat muka bengang dah time ni. Chingu yaa, mianhae!

Tak lama lepas tu kitorang naik 1 bas ni. Aku memang ada baca alternatif route dari Seoul ke Yongin dan semestinya la dia akan patah balik ke Seoul kan. Dan kitorang pon decide naik bas ni. Aku tak ingat bas no berapa. Naik bas ni, bukan macam bas kat Nami Island ko masih boleh nampak tulisan English tau. Tapi kat bas ni, jangan kata tulisan, memang tak da apa pon yang boleh dibuat rujukan. Nak tanya pakcik bas, memang jenuh la nak eksplen ke dia. Yang kami ada sekarang ni telinga. Yes. Ko kena dengar stesen persinggahan yang disebut dalam bahasa Korea. Ahakss

Memandangkan perjalanan jauh lagi, eddy pon tidur sebentar dan kitorang set jam agak-agak bila akan sampai kat destinasi. Destinasi yang ada kat kepala otak kami adalah Jamsil. Aku? Jangan harap aku nak tidur. Ni semua salah aku kitorang terlepas bas. Memang tak senang duduk aku.

Dah nampak kawasan yang membangun sikit aku mula pasang telinga. Dengar je stesen yang ala-ala Jamsil stesen cepat-cepat kami turun. Huhu. Tuhan saja yang tahu perasaan kami waktu tu. Cuaca tersangat la sejuk waktu tu so kitorang decide untuk masuk ke mall, Lotte World Mall. Oh yeah~ Masuk sini sebab nak berlindung dari angin jew. Huhu.


Lepas tu kitorang naik subway untuk ke Hongdae.

Arah ke Hongdae( 1,450won)
Jamsil stesen (line 2) ---> Hongik University stesen
Anggaran masa : 38minit ( sumber Kakao Apps)

Kami sampai kat sini lebih kurang pukul 10 malam. Apa yang kami cari kat sini sebenarnya? Hongdae street dan street performance. Dan sebenarnya kat sini boleh dikatakan adalah tempat kegemaran kaki kelab. Sebabnya masa kami sibuk cari Hongdae street dan pusinh habis kawasan ni 2 3 kali siap lalu 1 universiti ni(tak ingat nama apa), kami terlalu 1 kawasan yang kiri dan kanan penuh dengan segala kelab. Mujur la tak jumpa orang mabuk sebab masih awal kot. Siyesly memang banyak kelab kat kawasan ni. Ada yang suda buka dan ada jugak yang masih belum beroperasi.


Dah penat jalan dan hampir putus asa, kitorang pon jumpa la band yang terakhir buat street performance kat hongdae ni. Yes, kami terlewat sebenarnya. Tersengih jugak c edy dapat tengok live performance kat Hongdae ni. Huhu. So itulah penutup untuk hari ke 6 kami di sini.

Summary belanja Hari ke6:
Pengangkutan = 14,050
Tiket masuk Everland = 36,000won
Shrimp burger = 6,900won/pcs 
Adds on cheese stick = 1,900won

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea