Backpackers Day 7 at Seoul, Korea

15 November 2016
Sob sob sob. Tak sedar hari ni adalah hari terakhir untuk kami berjalan-jalan di Seoul. Rasa macam tak puas, banyak lagi tempat nak pegi. Uarghh.

Pagi ni kami keluar dari rumah sekitar pukul 9.00 pagi. Hari ni keadaan kami sedikit santai sebab tinggal sedikit tempat untuk dilawati dan jarak yang tidak jauh dari satu sama lain.

Destinasi pertama kami ialah Myeongdong. Oh yeah~ Kami nak try pakaian tradisional korea iaitu Hanbok yang begitu sinonim dengan masyarakat Korea. Hanbok boleh di sewa atau percuma mengikut kemahuan masing-masing. Semestinya kami pilih yang Free! Bagi mereka yang mahu mencuba memakai hanbok free boleh la ke Seoul Global Cultural Centre di M Plaza, Myeongdong.

Arah Ke M Plaza
Myeongdong station(exit 7,8 @ exit 5,6). Dari exit ni, jalan terus sampai jumpa simpang 4. Akan lalu simpang 4 sebanyak tiga kali. Dekat simpang 4 yang ke-3, ambik lorong kanan. Sebelah kedai Zara adalah M Plaza.



Ingat tak hari tu kitorang tunggu lama kat depan Doeksugung Palace tapi tak dapat cuba. Huhu. Rugi la tak try hanbok kat Korea ni. Cewah. Kat palace tu pon free tapi memikirkan masa dan bajet, kami memilih yang paling dekat dan mudah.

Hari ni kami cuba untuk berjalan kaki ke Myeongdong. Ntah mengapa banyak-banyak hari kami di Korea, hari ni adalah hari yang paling sejuk. Suhu hari tu adalah 37°F bersamaan 2.8°C. Grrrr~~~ patut la sejuk banget. Dan waktu ni la heat pack tu berguna. Cara guna. Cuma buka bungkusan heat pack, then letak di poket baju. Memang berkesan. Dan satu heat pack boleh bertahan sehingga satu hari.

Begitu mudah kami mencari Myeondong street ni berbanding sebelumnya. Jalan sekejap je dah sampai. Haha. Mungkin sebab masih fresh dan bertenaga di awal pagi yang membantu. Kami sedikit sesat bila mencari M Plaza ni dan berlegar-legar di tempat yang sama berkali-kali. Sambil mencari M Plaza ni, kitorang sempat lagi masuk ke kedai kosmetik dan survey tempat makan di Myeongdong ni.

Tak lama lepas tu, kitorang pon jumpa M Plaza ni. Tak ingat macam mana kitorang dapat sampai ke sini. Lol. Plaza ni buka pukul 10 pagi. Seoul Global Centre ni terletak di tingkat 5 bangunan. Kami antara pengunjung yang terawal sampai. Untuk pemakaian hanbok, kita kena buat reservation dulu. Seorang diberi masa selama 5 minit untuk bersiap dan mengambil gambar di studio yang telah disediakan.

Ada pelbagai jenis pakaian hanbok yang boleh kita pilih. Dan weollss pakai hanbok kaler biru dan pink beserta aksesori macam dalam drama korea tu. Staf pon peramah dan boleh berbahasa Inggeris yang memudahkan kita untuk berkomunikasi. Rekaan dalaman dan hiasannya sungguh cantik dan sangat berbaloi datang ke sini.


Di sini kami berjumpa dengan 2 orang malaysia yang juga datang untuk bercuti. Ini adalah lawatan mereka yang ke-2 ke Korea. Dua beradik ni sebenarnya dari Jeju dan menghabiskan sisa percutian di Seoul ni. Bestnyaa dapat pi Jeju~~


Dah habis sesi fotografi kitorang pon ber-luncheon di Myeongdong ni walaupun rasa masih awal. Hari last mesti nak rasa lagi makanan korea. So menu kitorang adalah bibimbap dan sup tauhu pedas. Makanan kat restoran ni sedikit mahal (tak ingat nama). Tapi sebab dah last day so tak pa lah berbelanja sikit.


Bila buat kira-kira, masih ada baki tunai lagi. So lepas dah tolak duit makan, pengangkutan hari ni dan esok ke airport, kitorang pon bahagi sama rata duit baki untuk belanja souvenirs nanti. Hehe.

Dah siap makan kitorang meneruskan perjalanan ke Ewha Woman University.

Arah ke Ewha University (1,250won)
Dari Myeongdong station Line 4 --> turun di Dongdaemun History and Culture station --> tukar ke Ewha Woman University Line 2
Anggaran masa: 19 minit ( sumber Kakao Apps)

Keluar je dari stesen ni nampak begitu ramai orang termasuk pelajar, pengunjung, peniaga yang memenuhi Ewha street ni. Dan begitu banyak kedai kafe dan kedai kosmetik di kiri dan kanan jalan sepanjang perjalanan ke Ewha University.

Nak ke universiti ni mudah dan tak perlu mencari arah untuk ke sana. Cuma jalan staright sampai ke hujung kedai untuk sampai ke sana.


Masuk ke kawasan ni tak tahu mana pelajar atau pun pengunjung. Hehe. Kitorang pon mungkin boleh disalah anggap sebagai pelajar universiti ni. Uhukss. Akak sekolah rendah dan sekolah menengah dulu dua-dua sekolah perempuan. Tapi tak sangka la pulak ada univerisiti khas untuk perempuan saja. Hehe.



Waktu kami sampai terlihat ada satu kempen sedang berlangsung di tengah-tengah laluan masuk. Nampak mungkin budak middle school sedang berkempen untuk jawatan presiden. Mungkin lah. Sebab kitorang pon tak faham apa yang diorang tengah bincangkan. Begitu meriah. Banyak port menarik untuk mengambil gambar di kampus ni.


Dah habis round Ewha University ni kitorang pon bergerak untuk ke tempat seterusnya. Memang window shopping dan tangkap gambar je kat sini. Hehe

Kalau bab bershopping memang tak boleh tinggal tempat ni. Tak pegi memang rugi. Mana lagi kalau bukan Namdaemun Market. Kitorang sampai kat sini dalam pukul 3 petang. Banyak benda boleh dapat di sini dengan harga yang murah belaka.

Arah ke Namdaemun Market(=1,250won)
Ewha Woman University line 2(hijau) --> turun di Dongdaemun History and Culture Station dan tukar ke line 4(biru) --> turun di Hoeyeon Station 
Anggaran masa: 18minit ( sumber Kakao Apps)

Tujuan kitorang kat sini selain jalan-jalan kitorang pon nal cari kilang yang buat gelang. Yezza. Kat sana diorang buat sendiri gelang dan kerongsang. Punya lama nak cari tempat ni. Sampai lah kitorang naik satu bangunan ni kat tingkat 2. Sebenarnya kawan edy yang mintak carikan gelang kat sini. Jenuh jugak nak mencarinya memandangkan begitu ramai peniaga di sini. Kedai yang kitorang cari adalah gerai #209 di e-Lengddang Market.

Seriously kitorang mengambil masa yang cukup lama kat sini. Memang rambang mata la. Harga pon murah. Gelang bertatah batu bermula dari 2,000won dan ke atas mengikut rekaan dan saiz batu. Ahjumma ni pon ramah je layan je kitorang yang duduk lama sangat kat gerai tu.

Dah siap pilih souvenirs masing-masing, kitorang pon mula berjalan dan melihat sekeliling. Dan kat sini lah ada satu kejadian berlaku. Untuk korang yang nak membeli-belah kat sini, sebolehnya decide siap2 apa benda nak beli. Sekali tanya terus beli. Jangan dari satu gerai ke gerai lain survey harga. Tak pon, kalo setakat nak tengok dan tak ada niat langsung nak beli, please, tolong jangan tanya. Akak cakap sebab kitorang dah kena. Al-kisahnya kitorang tengah tengok barang kat satu gerai ni, nampak cantik barangnya yang up-to-date. Then tanyalah harga. Lepas tu agashi tu cakap kat kitorang, kalau tak nak beli, jangan tanya sebab perbuatan itu dianggap seperti 'rude'. Dan selalunya yang datang beli, mereka beli secara borong, tak beli sebiji-biji. Terkesima, terkaku dan malu pon ada masa tu. Sob sob. Mungkin 'adab berjual-beli' kat market ni sedikit berbeza. So sekadar berkongsi untuk mereka yang pergi pertama kali. Agashi tu cakap english tu yang faham. Huhu. Dah abis dia cakap kitorang ucap maaf kat dia dan terus blah. Masa pegi gerai seterusnya memang tengok je dulu. Dah konfem nak beli baru tanya harga. Tu pengalaman kat market ni.

Lepas tu kitorang pon jalan sekitar Namdaemun Market. Oh ya. Incase korang tersesat ke atau cari kedai ke apa, boleh refer dengam mereka yang berbaju merah. Mereka berumur di antara belasan tahun ke awal 20-an. Selalunya mereka ada di hotspot yang menjadi tumpuan pelancong contohnya di Namdaemun ni untuk membantu pelancong khususnya.

Kepada mereka yang kehabisan duit tunai, kat sini ada satu kedai herba (rasanya) kat corner bangunan yang membuat servis tukaran duit mata asing. Kot-kot tengah sibuk berbelanja dan kehabisan duit tunai sila refer kepada mereka berbaju merah untuk arah ke kedai ni.

Ada gambar selpie je

Oh ya. Namdaemun market ni tutup pukul 6 petang. Yes~~~ masa kitorang keluar dari bangunan e-Lengddang tu pon hampir pukul 6. Peniaga bergerak (yang berniaga di tengah jalan) mostly dan bungkus barang-barang mereka. Dan kat ahjusshi ni la dapat harga murah. Apalagi kitorang mula lah kalut beli barang sebab kalo kat tempat lain harga dah mahal. Contohnya baju printed Korea. 10,000won boleh dapat 3 helai. Kat kedai 10,000won sehelai. Dengan ahjusshi tu sekali kelam-kabut. Ini kerana diorang kena 'clear'kan tempat berniaga sebelum pihak berkuasa sampai. Huhu.

Walau tak beli banyak tapi rasa puas. Oh yeah. Kepuasan lagi bernilai dari segalanya. Stesen terakhir kami adalah Myeongdong. Kali ni memang nak beli dan lengkapkan order dari Malaysia. Cewah.

Ni adalah malam terakhir kitorang kat sini. Memang nak lepak puas-puas kat Myeongdong ni. Walau cuaca sejuk, kitorang tak boleh tinggal menu ni. Yes, patbingsu a.k.a ais kisar korea. Tengah sibuk cari patbingsu boleh pulak terserempak dengan snek bbopki (Korean Sugar Candy). Memang kena teraii la kan. Hehe. Rasanya macam gula kopiko, pahit-pahit manis gitu. Tapi tak terlalu manis, just nice dan ada banyak bentuk.


Dah berlegar-legar agak lama, kitorang pon jumpa lah Korean Dessert Cafe ni. Seperti biasa, lalu 2 3 kali tadi tak nampak pon signboard. Dan cafe ada di tingkat 2, atas kedai pakaian Monologue.

Arah ke Korean Dessert Cafe.
Jika anda dari Myeongdong station, melalui exit 5,6 atau 7,8, jalan straight macam nak pegi M Plaza. Dekat simpang 4 yang ke-3, ambik kiri (kanan adalah arah ke M Plaza) dan jalan terus sampai jumpa: simpang 4 --> simpang 3 --> simpang 3. (Nak mudah, jalan straight je sampai ke hujung jalan). Pastu kat simpang 3 ni ambik kanan. Kafe patbingsu ni ada di tingkat 2 bangunan sebelah kiri anda tak jauh dari simpang 3 tadi.




Kitorang order patbingsu dengan topping kacang almond. Ku sangkakan rasanya seperti a.b.c kisar Malaysia yang bisa buat gigiku mengilu. Dan ternyata ais kisar korea berbeza. Rasa dia tak macam makan ais, tapi macam makan gula-gula kapas. Melt in your mouth. Cewah. Seriously, makan sekali tak boleh nak berhenti. Sedap giler. Nak makan waktu musim sejuk pon boleh. #cravingpatbingsu


Perut dah kenyang kitorang pon mula memasuki kedai kosmetik. Ada jugak dapat free gift iaitu face mask. Datang Korea memang nak kumpul face mask free. Hehe. Tempat ni 'hidup' dan sentiasa sesak dengan orang ramai. Malam ni sama seperti malam semalam. Macam tengah replay scene semalam. Kihkihh. Ramai orang dan cukup meriah.


So, itinerary percutian kami di Korea di akhiri dengan membeli-belah di di Myeongdong. Huhu. Sedih semacam.

Summary belanja Hari 7 di Korea
Pengangkutan= 3,750won/pax
Bibimbap dan sup tauhu pedas=15,000 - 20,000won 
Bingsu= 7,000won
Bbopki= 1,000won
Souvenirs= masing-masing

Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea