Backpackers Day 8 at Seoul, South Korea

16 November 2016
Sob sob sob.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.

Flight kami ke Malaysia pada pukul 4 petang ni. Aisehh. Memandangkan flight petang, so kitorang sangat santai pagi ni. Kitorang plan pukul 12 atau 1 petang dah ada kat Incheon Airport.

Pagi ni aktiviti mengemas barang dan menghabiskan segala makanan. Pagi-pagi dah buat parti maggi dan roti gardenia. Haha.

Memandangkan kita ni tetamu di tempat orang, so kena lah jaga adab. Tempat tidur, toilet, sampah semua dibersihkan sebelum ditinggalkan.


Hampir pukul 10.30 pagi kitorang meninggalkan bilik pertapaan kami di Korea ni. Sebelum balik sempat lagi snap gambar di kaunter guesthouse. Seperti biasa, staf tak ada di kaunter. Kitorang sempat menulis surat 'cinta' kepada owner guesthouse Mr. JJ. Kitorang bagi Mr. JJ hadiah sambal bilis tin kot-kot dia nak fefeling bercuti di Malaysia. Kihkihh.



Dah say goodbye kat orang korea semua ( cewahh), kitorang pon bergerak ke Incheon International Airport.

Oh ya. In case kat dalam T-money korang ada duit lebih, korang boleh refund ye. Cuma perlu pegi ke kedai serbaneka dan tanya kat kaunter. Akak sempat beli banana milk lagi. Dan diorang charge dalam 500won tak silap untuk caj pemprosesan.

Kitorang sampai di airport hampir 1 petang. Dah sahkan gate pelepasan, kitorang turun semula untuk makan tengahari di Lotteria. Kat airport ni boleh makan shrimp burger je la sebab kitorang tak pasti kehalalan KFC kat Korea. Dan shrimp burger kat sini lagi murah berbanding masa kat Everland hari tu. 5,400won 1 set sekali fries. Oh yeah.


Dah siap makan, tengok dalam tangan ada lagi balance. Duit syiling je pon 3,000won. Pastu kebetulan lalu kedai kosmetik. Saja tengok. Last sekali dapat beli lagi 1 item kat situ dengan duit syiling terakhir. Kih kihh. Kitorang gelak je lepas tu sebab tak sangka boleh habiskan duit terakhir kat situ. Menyesal pulak tak simpan je duit tu untuk kenangan. Kihkih.


Que untuk check in di kaunter tersangat lah panjang. So guys, in this case, there is No 'better late than never'. It is better to be there early as possible. Oh ya. Untuk hand carry bahan liquid +800ml (kalau tak silap) tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam cabin. Ingatkan banana milk tu nak minum kat Malaysia nanti tapi tak kesampaian. Pihak airport dah sediakan tong sampah siap-siap untuk buang air kalau tak nak minum. Takkan nak buang kan banana milk tu. Masa tu jugak kitorang habiskan. Menyesal pulak tak masukkan dalam luggage -_-"


Perjalanan balik ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami tiba di KLIA2 pada pukul 10 malam.


Dengan itu, berakhirlah kisah pengembaraan kami di bumi Korea. Family edy dah menunggu di luar airport. Dan aku pulak, menunggu flight esoknya untuk balik ke Sabah.

Till our next journey, see ya chingu-ya!

안 녕 하 게 세


Comments

Popular posts from this blog

Sinilou Kibambangan Waterpark

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Backpackers Day 1 at Seoul, Korea