Berhujung minggu di Kibabangan Waterpark. Untuk mereka yang punya anak kecil tempat ni sesuai untuk aktiviti air dan juga ' gathering famili'. Jika anda dari arah kepayan, sampai di bulatan tengkolok, ambik exit ke-3. Tidak jauh dari bulatan masuk ke simpang sebelah kiri bersebelahan lampu isyarat. Dari simpang ni mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai yang jaraknya antara 4 ke 5 km. Kawasan agak berbukit dan jalan kampung yang sempit sedikit menyukarkan perjalanan. So, hati-hati drive gais. Jalan straight je dan cuba perhatikan papan tanda. Jika anda sampai di simpang yang ada jambatan besar di sebelah kiri dan jalan kampung lurus, ambil jalan lurus tu. Bayaran masuk : RM3 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak) Sewa pondok : RM15 Sewa pondok + tempat panggang : RM20 Sewa pelampung : RM4 Sewa jaket keselamatan : RM3 Pelampung kanak-kanak : RM8
Travel. Places to travel. Itinerary for travel. Budget for travel. Time to travel. I want to travel !.. Tiket mana tiket?.. Ok, nampak di situ betapa terdesaknya hati ku untuk pergi travel. Nak travel area sabah ni, tiada geng. (Duh ~ alasan semata). Nak travel ke luar negara, banyak benda kena difikirkan. Stop. Its okay la sis. Rilek suda. Jangan stress. Plan seja dulu. Jadi tidak jadi belakang cerita. Kumpul duit seja dulu. Cukup tidak cukup belakang cerita. Kalau ada rezeki, dapat jugak tu menjelajah ke tempat orang. Chill ~~ Oh yeah. Sis dalam perancangan untuk travel tahun ni. Tempat? Nanti kita cerita. Harap-harap ada rezeki untuk berjalan jauh tahun ni. Aaminnnn.
Alhamdulillah. Telah selamat mendarat dari bumi Korea. Ada masa yang sedikit ni, rasa nak update blog. Untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca. Mungkin boleh dijadikan panduan pabila travel ke Korea nanti. Insyaallah. 9 November 2016 Flight ke Incheon Airport pagi ni dijadualkan pada pukul 8.00 pagi waktu Malaysia. Kami bersarapan dengan makanan berat sebelum berlepas. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Incheon mengambil masa lebih kurang 6 jam. Peringatan ye kepada traveller. Bagi mereka yang membawak hand-carry ke dalam pesawat, cuba minimize kan jumlah beg. Staf cuma bagi lepas SATU beg saja. Macam member aku ni, ada satu bagasi dan beg galas. Staf tak bagi lepas. Ok fine kami sumbat semua bagi satu bagasi je. Tapi aku tengok ada je yang lepas. Hmm. Untuk pemeriksaan kastam dan imigresen , disarankan masuk lebih awal. Kalau bole 2 jam awal dah standby dekat pintu pelepasan disebabkan prosedur yang agak rumit. Tak kira lagi ramainya pelancong lain. Incase tak dapat...
Comments
Post a Comment