Posts

Showing posts from 2017

Hobi ku, hobi pelik

Image
Buku Nota. . Hobiku mengumpul buku nota. . Beli dan simpan. . Beli dan tulis separuh buku. . Beli dan tulis satu muka. . Tak beli, dapat pulak buku percuma. . Simpan bertahun-tahun sampai jumpa balik masa mood rajin kemas barang. . Bila masuk kedai stationery, mesti lalu ruang buku nota. . Selak sikit dan simpan balik. . Tak sedar dah terbeli. . Maka penuh la kotak buku ku. . Dengan koleksi buku nota. . Hobi ku, hobi pelik. . Lol.

Budget.

Image
Bajet . Masa untuk bercerita tentang bajet. Ni adalah bajet untuk 2 orang sepanjang 8 Hari 7 malam okayh. Masa ni currency, 1krw = 0.0037myr Ringkasan : 1. Tiket penerbangan ( pergi balik + 20kg luggage) = RM1770.0 2. Tempat penginapan ( 8 hari, 7 malam) = RM 847.0 3. Pengangkutan sepanjang berada di Seoul = RM 590.0 4. Makanan = RM427.0 5. Tiket masuk = RM474.0 6. Makanan (dari Malaysia) = RM 100.0 Total : RM 4208.0 *baki RM 200 dari simpanan untuk trip kami dibahagi untuk beli souvenirs. Konklusi . Perbelanjaan kami untuk 8 HARI 7 MALAM di SEOUL, Korea untuk 2 orang berjumlah RM4400 . Tips travel dengan bajet rendah . Naik subway. Jalan kaki. Cari tempat yang FREE ENTRANCE. Try makanan korea, it's a must. Tapi bawak bekal makanan dari Malaysia sebab tak semua makanan diorang tekak ko boleh terima. Bersedia untuk tidur di bilik kecil. Usha tiket, especially Matta Fair bulan 9 ni. Itu saja. Mungkin ada tambah

Sinilou Kibambangan Waterpark

Image
Berhujung minggu di Kibabangan Waterpark. Untuk mereka yang punya anak kecil tempat ni sesuai untuk aktiviti air dan juga ' gathering famili'. Jika anda dari arah kepayan, sampai di bulatan tengkolok, ambik exit ke-3. Tidak jauh dari bulatan masuk ke simpang sebelah kiri bersebelahan lampu isyarat. Dari simpang ni mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai yang jaraknya antara 4 ke 5 km. Kawasan agak berbukit dan jalan kampung yang sempit sedikit menyukarkan perjalanan. So, hati-hati drive gais. Jalan straight je dan cuba perhatikan papan tanda. Jika anda sampai di simpang yang ada jambatan besar di sebelah kiri dan jalan kampung lurus, ambil jalan lurus tu. Bayaran masuk : RM3 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak) Sewa pondok : RM15 Sewa pondok + tempat panggang : RM20 Sewa pelampung : RM4 Sewa jaket keselamatan : RM3 Pelampung kanak-kanak : RM8

Backpackers Day 8 at Seoul, South Korea

Image
16 November 2016 Sob sob sob. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Flight kami ke Malaysia pada pukul 4 petang ni. Aisehh. Memandangkan flight petang, so kitorang sangat santai pagi ni. Kitorang plan pukul 12 atau 1 petang dah ada kat Incheon Airport. Pagi ni aktiviti mengemas barang dan menghabiskan segala makanan. Pagi-pagi dah buat parti maggi dan roti gardenia. Haha. Memandangkan kita ni tetamu di tempat orang, so kena lah jaga adab. Tempat tidur, toilet, sampah semua dibersihkan sebelum ditinggalkan. Hampir pukul 10.30 pagi kitorang meninggalkan bilik pertapaan kami di Korea ni. Sebelum balik sempat lagi snap gambar di kaunter guesthouse. Seperti biasa, staf tak ada di kaunter. Kitorang sempat menulis surat 'cinta' kepada owner guesthouse Mr. JJ. Kitorang bagi Mr. JJ hadiah sambal bilis tin kot-kot dia nak fefeling bercuti di Malaysia. Kihkihh. Dah say goodbye kat orang korea semua ( cewahh), kitorang pon bergerak ke Incheon Intern

Backpackers Day 7 at Seoul, Korea

Image
15 November 2016 Sob sob sob. Tak sedar hari ni adalah hari terakhir untuk kami berjalan-jalan di Seoul. Rasa macam tak puas, banyak lagi tempat nak pegi. Uarghh. Pagi ni kami keluar dari rumah sekitar pukul 9.00 pagi. Hari ni keadaan kami sedikit santai sebab tinggal sedikit tempat untuk dilawati dan jarak yang tidak jauh dari satu sama lain. Destinasi pertama kami ialah Myeongdong. Oh yeah~ Kami nak try pakaian tradisional korea iaitu Hanbok yang begitu sinonim dengan masyarakat Korea. Hanbok boleh di sewa atau percuma mengikut kemahuan masing-masing. Semestinya kami pilih yang Free! Bagi mereka yang mahu mencuba memakai hanbok free boleh la ke Seoul Global Cultural Centre di M Plaza, Myeongdong . Arah Ke M Plaza Myeongdong station(exit 7,8 @ exit 5,6). Dari exit ni, jalan terus sampai jumpa simpang 4. Akan lalu simpang 4 sebanyak tiga kali. Dekat simpang 4 yang ke-3, ambik lorong kanan. Sebelah kedai Zara adalah M Plaza. Ingat tak hari tu kitorang tung

Inspirasi dari Drama

Image
Sesorang itu bila rasa down atau murung pastinya memerlukan sesuatu untuk menaikkan kembali semangatnya. Dan pelbagai alternatif yang boleh digunakan untuk membentuk semula keyakinan diri. . Di sini saya ingin berkongsi tentang sisi positif industri hiburan Jepun. Pasti ramai di kalangan anda yang kenal mahupun melayan drama Jepun. Banyak kisah-kisah fiksyen dan bukan fiksyen yang ditayangkan. Dan salah satunya adalah drama bersiri 10 episod, "Miss Pilot" lakonan Maki Horikita. . Begitu banyak drama inspirasi Jepun yang diterbitkan. Dan mesej dari kisah-kisah ini benar-benar sampai kepada penonton. Drama sebegini begitu sesuai ditayangkan dan ditonton terutama kepada golongan remaja dan awal 20-an yang sememangnya masih 'mentah' dalam urusan kehidupan. Drama sebegini boleh memberi inspirasi dan bayangan kepada golongan muda untuk membina masa depan mereka. Tidak lupa juga kepada mereka yang masih terkapai-kapai dalam mencari jalan hidup kerana drama sebegini

Backpackers Day 6 at Seoul, Korea

Image
14 November 2016 Annyeonghaseyo ♡ Rasa tak vibe kitorang hari ni?? Yohooo..cuba teka kitorang nak pegi mana?? Arah ke Gangnam Untuk mudah(=1,350won): Dari Euljiro 3(sam) ga station --> turun di Gangnam Station (19 stesen Anggaran masa: 36minit (sumber dari Kakao Apps) Nak cepat(=2,250won): Dari Euljiro 3(sam) ga --> turun di Seoul National university --> tukar ke Line 2 dan turun di Gangnam Station Anggaran masa: 28minit( sumber dari Kakao Apps) So rancang perjalanan korang ;) Dari Gangnam Station, keluar melalui exit 10. Jalan sikit dalam 200meter, sorang ajusshi approach kami, tanya nak p Everland ke. Then dia tunjuk stesen bas untuk menunggu. Yezza!!! Hari ni nak p jauh sikit. Everland , here we come~~ Kami sampai kat Gangnam pukul 9.30 pagi. Kami memang dah target nak naik bas pukul 10.00 pagi. Kitorang tunggu bas no. 5002 kat Sinnonhyeon Station. Ada ramai orang dan jangan risau sebab pasti ada yang akan guide kita macam ahjusshi t

Backpackers Day 5 at Seoul, South Korea

Image
13 November 2016 Hari ke-5 kami di Korea Selatan adalah hari untuk menjejak gelombang Kpop yang melanda hampir seluruh dunia. Cewah. Intro yang agak gempak di situ. Hari ni kami bergerak sedikit lambat berbanding hari sebelumnya. Aku tak tahu dah berapa mileage perjalanan kami sepanjang 4 hari di sini. Kaki memang dah lenguh habis. Tapi semangat masih membara. Haha. Lokasi pertama kami adalah Coex Mall . Hari ni kami bergerak agak lewat sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Pukul 9 pagi baru sampai kat mall. Ye la. Penat semalam tak habis lagi. Arah ke Coex Mall = 1,350won Dari Euljiro 3(sam)ga turun di Samseong Station. Anggaran masa : 31minit (sumber: Kakao Apps) Untuk pengetahuan korang, stesen ni menghubungkan terus anda ke Coex Mall ni. Sepanjang jalan ke mall dah terasa aura-aura k-pop ni. Haha. Dari kejauhan dah kelihatan signboard SM Town Coex Artium . Syok giler. Mata pon jadi cerah je. Xda yuran masuk ye. Ramai giler o